VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Monday 11 February 2013

Najib, Mai sini sat.. Baca la apa aku nak tulis nie.. Ajak macai-macai hang sekali

Aku menganggap janji Najib untuk membina rumah mampu milik dan monorel di Pulau Pinang jika berjaya menawan semula negeri Pulau Pinang pada PRU13 sebagai satu penghinaan terhadap rakyat Pulau Pinang. Rakyat juga mempertikai kredibiliti janji kerajaan BN yang sering membuat "janji dicapati" itu.


Sebelum ini pun ketika BN memerintah mereka jua berjanji  perkara yang sama. Malangnya, semua janji itu adalah janji "kitar semula". Ketika pak lah jadi PM, BN juga berjanji akan membina monorel pada tahun 2006 tetapi hingga kini janji itu hanya dicapati.

Begitu juga dengan Rancangan Malaysia ke-10 pada 2010 di mana Najib pernah mengumumkan mahu menambah 200 bas baru kepada RapidPenang tetapi akhirnya ia sekadar janji dicapati. Wujud pula dakwaan bahawa janji untuk menambah bas RapidPenang sudah dipindahkan untuk RapidPahang.

Apa pun, jika PM ikhlas, pengumuman projek yang dibiayai sumber persekutuan haruslah dilaksanakan segera tanpa mengira siapa yang mentadbir negeri. Macai-macai BN Pulau Pinang hentikan mainan politik ugut yang dianggap seolah-olah memperbodohkan rakyat Pulau Pinang.

Kerajaan BN Persekutuan boleh berjanji itu dan ini, mereka mempunyai peruntukan sebanyak RM252 bilion untuk 2013 berbanding Belanjawan Pulau Pinang hanya 1.1 bilion.

Harap semua pengundi di Pulau Pinang agar mengundi Pakatan Rakyat, kerana PR bertekad melaksanakan dasar bebas rasuah, kronisme, dan nepotisme malah sudah dibuktikan sejak 4 tahun memerintah Pulau Pinang.

Jika Pakatan Rakyat berjaya membentuk Kerajaan Persekutuan , kita akan menawarkan  perkidmatan dan kemudahan yang lebih baik kepada rakyat Pulau Pinang dan Rakyat Seluruh Malaysia. Ini bukan janji dicapati kerana kita telah, sedang dan akan terus melaksanakan demi rakyat


No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.