KENYATAAN MEDIA
Saya ambil maklum wujudnya andaian dan tanggapan yang telah ditimbulkan pelbagai pihak berkait Ahli-Ahli Parlimen UMNO yang meninggalkan parti tersebut.
Pihak-pihak ini berniat untuk menimbulkan syak wasangka serta mengadu domba di antara saya dan Tun Dr Mahathir Mohamad, dan berniat untuk merenggangkan hubungan yang baik di antara kami.
Pakatan Harapan telah diberi mandat untuk menjana perubahan ke arah tatakelola pemerintahan yang menolak rasuah, keangkuhan dan perkauman sempit. Tumpuan kini juga adalah untuk memacu pertumbuhan dan meringankan beban rakyat terutama di kalangan golongan berpendapatan rendah.
Saya terus menyokong usaha dan kepimpinan Tun Dr Mahathir, dan akan terus bekerjasama dengan beliau untuk menzahirkan agenda Reformasi seperti yang telah dipersetujui.
ANWAR IBRAHIM
16 Disember 2018
for now rakyat dilihat selesa dibwh pentabiran tun.
ReplyDeletebankami.blogpsot.com
ReplyDeletefor now rakyat dilihat selesa dibwh pentabiran tun.
bankami.blogspot.com