VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Saturday 19 May 2018

PELUANG KERJAYA BERSAMA KEADILAN BUKIT MERTAJAM


Salam Reformasi!

PELUANG KERJAYA BERSAMA KEADILAN BUKIT MERTAJAM

Merujuk perkara diatas, sukacita saya ingin memaklumkan bahawa Keadilan Bukit Mertajam telah mengambil satu inisiatif untuk anak muda di Bukit Mertajam dengan membantu mereka yang belum mempunyai pekerjaan untuk mendapatkan pekerjaan yang sesuai. Usaha ini adalah di bawah program One Stop Centre yang dikendalikan oleh Pejabat Pusat Khidmat ADUN Machang Bubuk, YB Lee Khai Loon dimana anak muda yang mempunyai minat dan komitmen yang tinggi untuk berkhidmat kepada masyarakat akan dipertimbangkan permohonan melalui satu jawatankuasa yang telah diwujudkan.

Mohon anak - anak muda di sekitar Bukit Mertajam yang sedang mencari pekerjaan untuk hantarkan CV / Resume kepada ikhwannasser@yahoo.com .

Pihak Keadilan Bukit Mertajam akan meneliti semua permohonan dan akan memanggil semua yang memohon untuk mengisi jawatan sekiranya bersesuaian dan memenuhi syarat serta kriteria yang diperlukan. Inisiatif awal ini adalah satu langkah untuk memastikan anak muda berpeluang untuk bekerja di bidang yang bersesuaian dan mempunyai pekerjaan untuk membina masa depan.

Sila hantarkan resume / CV anda kepada ikhwannasser@yahoo.com

Sekian.

Mohd Ikhwan Nasser Mohamad Isa
Ketua AMK Bukit Mertajam
Setiausaha Keadilan Bukit Mertajam

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.