VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Friday 18 May 2018

Berbeza di Pulau Pinang, Gara-gara Perbezaan Politik Nik Omar Dihalang Untuk Menyampaikan Kuliah


RAMADAN YANG SEDIH BAGI NIK OMAR?

Ramadhan tahun ini, Ramadhan ketiga setelah pemergaian Tok guru Nik Aziz memberi kedukaan besar kepada putera sulungnya, Nik Omar apabila mulai Subuh tadi beliau dihalang untuk meneruskan khidmat menyampaikan kuliyyah dan menjadi imam di masjid keluarganya di Pulau Melaka seperti biasa.

Tentu sekali larangan itu bermotifkan politik apabila Nik Omar mengambil keputusan bertanding dalam pilihan raya atas tikit PH baru-baru ini. Tidak sangka keluarga Allahyarham Tokguru Nik Aziz gagal untuk mengambil falsafah dan memahami politik yang diamalkan Tok Guru, yang terbuka dan bersifat tasamuh.

Kepada Nik Omar jangan bersedih (la tahzan) dan berdukacita serta hendaklah bersabar. Sesungguhnya halangan dan pemualauan itu hanya sebahagian daripada ujian dalam perjuangan.

Yakin dan percayalah kebatilan itu tetap akan muncul apabila terserlah kebenaran. Kebenaran itu pula seperti kereta api malam yang lewat tiba di setesen. Percayalah rakyat bersama anda, dan rakyatlah penawar bagi kedukaan dan keseksaan yang dialami pemimpin. Trims.

Kredit Mohd Sayuti Omar II

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.