VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Wednesday, 24 February 2016

SERANGAN AZMIN KEPADA LIM GUAN ENG UNTUK MENGALIH ISU


AZMIN SENGAJA LEMAHKAN PAKATAN HARAPAN, SERANGAN KEPADA GUAN ENG UNTUK ALIH ISU
Kenyataan Umum.
23 Febuari 2016


SERANGAN AZMIN KEPADA LIM GUAN ENG UNTUK MENGALIH ISU


1. Ternyata Azmin Ali merupakan ahli politik yang licik. Ketika dia dibuktikan menipu dalam media dengan saya mendedahkan dokumen ‘OSA’ kerajaan Selangor yang membuktikan dia terlibat memberikan kawasan balak TENDER TERBUKA maka dia telah mengalihkan isu tersebut dengan serangan terbuka dia kepada Lim Guan Eng, ternyata setakat ini dia berjaya mengalihkan isu tersebut.


2. Serangan terbuka demi kepentingan politik peribadi kelompoknya (kartelnya) ini bukan pertama kali dilakukan. Umum tidak harus melupakan dia sendiri pernah menyerang Syed Hussin Ali dan termasuk dia menggerakkan kartelnya menyerang Presiden dan keluarga dalam media.


3. Pakatan Harapan baru sahaja ditubuhkan dengan dokumen perjanjian lengkap dengan Majlis Presiden, Jawatankuasa Pengurusan (Majlis Setiausaha) juga badan yang bertindak mengawal disiplin, maka kenapa dia perlu menyerang secara terbuka ? Namun ini tidak pelik kerana anak angkat Mahathir inilah merupakan, watak yang sengaja menghulur tangan kepada Pas yang memang sudah semakin jelas bersama Umno dan menidakkan kewujudan Kerajaan Pakatan Harapan di Selangor. Teguran dan pandangan Azmin sengaja dilontar secara terbuka tanpa melalui struktut Pakatan Harapan terlebih dahulu hanya kerana niatnya mengalihkan isu dan melemahkan ikatan Pakatan Harapan. Serangan terbuka tanpa melalui proses dalaman ini sememang dirancang.


4. Azmin bercakap soal ‘demokratik’ tetapi adakah dia faham atau tidak soal hormati amalan praktis demokrasi itu ? Jangan kuman seberang laut Nampak tetapi gajah depan mata tidak nampak. Pentadbiran Azmin sendiri sama ada dalam kerajaan atau parti sendiri tidak demokratik. Lantikan Ahli Majlis di Selangor sahaja menimbulkan bantahan apabila dia mengenepikan peranan Cabang kerana masih berdendam dengan kebanyakan cabang yang tidak menyokong dia dalam pemilihan parti yang lepas. Peraturan kreteria pemilihan yang ditetapkan sendiri tidak dihormati untuk menempatkan kartel dia.


5. Bercakap isu ketelusan adakah dia telus, malah ternyata menipu di media apabila dia menafikan pertanyaan saya mengenai tender balak yang mana dia menempelak saya sebagai ‘menyalak’ dan ‘macai umno’ namun dia sendiri tersentak apabila saya mendedahkan dokumen OSA milik kerajaan Selangor yang membuktikan tiada tender terbuka dan dia sendiri mempengerusikan mesyuarat tersebut. Itu belum lagi meneliti mana lagi projek besar yang tidak ada tender terbuka. Bagaimana pula dengan projek Facelift (ubahsuai ringan) Gerbang bernilai RM9.7juta dan tukar kubah serta pejabat Masjid Shah Alam yang berjumlah RM65.7 juta ?


6. Kepada penggerak PKR jangan tertipu dengan hujah kononya Azmin begitu kerana pertahankan kepentingan parti. Tahu atau tidak berapa banyak projek runding terus di Selangor , peningkatan mendadak 3 – 4 kali ganda jumlah kakitangan MBI yang melibatkan gaji yang besar namun siapa yang dapat ? Majoriti penggerak parti malah ketua – ketua cabang, amk cabang dan wanita cabang masih tercungap – cungap berjuang bagi meneruskan hidup dan perjuangan. Lantikan GLC dan seumpamanya hanya didominsi oleh kartelnya termasuk yang dibawa dari luar Selangor. Malah dari segi projek dan tender yang dilepaskan kepada syarikat berkepentingan Umno Bn juga bukan kepalang banyaknya.


7. Teguran saya rakam kepada salah seorang ADUN PKR supaya belajar disiplin organisasi. Saya mengajak semua berfikir dengan jujur. Apa pandangan anda apabila anda duduk dalam Jawatankuasa Pengangkutan Awam kerajaan negeri Pulau Pinang. Ketika mesyuarat dan taklimat penambakan laut (pulau buatan) kamu diam membisu hadir tanpa membuat kajian awal. Dalam mesyuarat jawatankuasa pengangkutan awam jelas dibincangkan projek asalnya diluluskan seluar 3,241ekar oleh kerajaan BN namun setelah perdebatan dan pertembungan panjang kerajaan Pakatan Harapan P.Pinang hanya meluluskan 744 ekar sahaja untuk ditebus guna. Wakil perbagai pihak termasuk DAP sendiri bersuara dan dalam mesyuarat tersebut sehingga beberapa perkara diubah. Dimaklumkan bahawa jika dibatalkan sepenuhnya maka kerajaan negeri kemungkinan menanggung pampasan sehigga RM1biliion.


8. Ini pernah berlaku sebelum ini di mana kerajaan negeri terrpaksa membayar RM20 juta kepada Bousted Holdings Sdn Bhd untuk menguruangkan ketinggian projek hotelnya dimana sebelum ini diluluskan oleh kerajaan Bn dengan ketinggian tidak munasabah dan kerajaan negeri hilang RM14.7 juta wang rakyat kepada syarikat yang terlibat skandal tanah Tang Hak Ju dimana ia melibatkan keputusan kerajaan Bn sebelum itu.


9. ADUN PKR tersebut terlibat dalam mesyuarat sehingga keputusan dibuat dan dia diam. Namun apabila Bn datang di dalam Dewan membentag usul membantah maka ADUN tersebut mengambil sikap protes dan berkecuali. Dia yang menjadi sebahagian jawatankuasa yang memutuskan sepatutnya mempertahankan keputusan tersebut. Adakah dia tidak faham apa dalam mesyuarat tersebut dan hanya hadir untuk elaun kehadiran atau ada pihak ‘luar kerajaan P.Pinang’ yang menyusun semua ini agar berlaku. Sepatutnya PKR harus memanggil ADUN ini memberikan penjelasan dan merakamkan teguran kerana jelas prestasinya dalam pentadbiran Pulau Pinang harus dipertikaikan.


Sekian ;

che’GuBard
Ahli seumur hidup PKR

posted from Bloggeroid

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.