VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Wednesday 2 December 2015

Pengadil Perlawanan PKNS vs Kedah Digantung Buat Sementara Waktu


ISU PENGADIL PERLAWANAN TEMPOH HARI

Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) menerusi Jawatankuasa Pengadil FAM, semalam telah membuat keputusan untuk menggantung pengadil, Samsudin Ibrahim; penolong pengadil 1, Busrah Eri dan pegawai ke-4, Khairul Rizal Ismail buat sementara waktu sehingga satu tindakan lanjut diputuskan pada mesyuarat jawatankuasa berkenaan yang akan datang.

Penolong pengadil 2, Asmadi Noor Hasni pula digantung selama dua minggu.
Samsudin, Busrah dan Khairul Rizal dikenakan hukuman berkenaan kerana kesilapan dilakukan mereka dalam melaksanakan undang-undang permainan iaitu berkaitan syarat permulaan semula permainan selepas gol dihasilkan pada perlawanan suku akhir kedua TM Piala Malaysia 2015 antara PKNS FC dan Kedah di Stadium Majlis Perbandaran Selayang pada Sabtu lalu (28 November 2015).

Mereka bertiga jelas telah melakukan kesilapan dalam membenarkan pemain PKNS FC untuk melakukan sepak mula ketika dua pemain Kedah masih berada di kawasan pasukan lawan selepas gol kedua Kedah menerusi Sandro Da Silva pada minit ke-57.

Susulan daripada situasi itu, PKNS FC berjaya menjaringkan gol pertama mereka menerusi Mohd Faiz Isa pada minit ke-58 dan selepas perbincangan antara kesemua pegawai perlawanan berkenaan, gol PKNS FC itu tetap disahkan lalu Samsudin meneruskan baki permainan.

Asmadi pula hanya digantung dua minggu kerana kedudukannya yang jauh dari tempat insiden berlaku tetapi tetap dianggap bersalah kerana tidak menggunakan konsep untuk membantu pengadil dalam membuat keputusan berkenaan.

Keputusan dibuat oleh Jawatankuasa Pengadil FAM itu adalah berdasarkan analisis video dan juga laporan daripada penilai pengadil bagi perlawanan berkenaan, Zainal Abidin Yaacob.

FAM memandang serius perkara ini dan terus mengambil tindakan serta merta dengan membuat keputusan penggantungan ini tanpa perlu menunggu laporan atau aduan rasmi daripada pasukan terlibat.

Keempat-empat pegawai perlawanan ini akan dipanggil menghadiri kursus 'refreshment' dalam masa terdekat untuk pihak Jabatan Pengadil FAM menjelaskan lebih mendalam tentang undang-undang permainan kepada mereka.

Samsudin merupakan antara pengadil berpengalaman di negara ini dengan mengendalikan perlawanan-perlawanan penting Liga Malaysia (Liga-M) termasuk final Piala FA 2014 antara Pahang dan Felda United.

Keputusan dibuatnya pada perlawanan Sabtu lalu mungkin kerana beliau terlepas pandang serta terburu-buru dalam membuat keputusan.

Bagi memastikan para pengadil FAM yang lain sentiasa dapat mengendalikan perlawanan dengan baik, FAM dari semasa ke semasa melakukan kursus 'refreshment' sebanyak dua atau tiga kali setahun yang dikendalikan instruktor dari FIFA untuk menjelaskan undang-undang permainan dengan menggunakan klip-klip video dari liga domestik supaya lebih dekat dengan situasi sebenar.

Jawatankuasa Pengadil FAM juga telah memberi peringatan kepada pengadil-pengadil yang akan mengendalikan dua perlawanan separuh akhir pertama TM Piala Malaysia 2015, malam esok supaya lebih fokus dalam melaksanakan tugas mereka bagi memastikan insiden seumpama ini tidak berulang.

DATO' HJ HAMIDIN HJ MOHD AMIN
SETIAUSAHA AGUNG FAM
1 DISEMBER 2015

posted from Bloggeroid

1 comment:

  1. Buat malu bolasepak Malaysia jer.. Camne agaknya kalau orang luar negara tengok macam gini lah mutu pengadilan bolasepak Malaysia.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.