VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Monday 30 November 2015

SAMM: Pembangunan Tidak Terancang Punca Banjir Kilat Pulau Pinang


Kenyataan Umum
30 November 2015

Pembangunan Tidak Terancang Punca Banjir Kilat Pulau Pinang

Hanya beberapa jam sahaja Pulau Pinang dikejutkan degan limpahan hujan yang lebat daerah Barat Daya hampir lumpuh dengan banjir kilat. Beberapa jalan utama di sekitar bandar raya ini lumpuh akibat dilanda banjir kilat sehingga menyebabkan puluhan kenderaan terkandas ekoran hujan lebat lebih satu jam.

Antara jalan yang dinaiki air setinggi kira-kira 1 meter itu ialah Sungai Batu, Bayan Lepas, Batu Maung, Sungai Tiram, Sungai Arad an Bayan Baru yang menjadi tumpuan laluan orang ramai. Dianggarkan puluhan buah kenderaan dipercayai terperangkap dalam banjir kilat setinggi 1 meter.

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), beranggapan proses pembandaran tidak terancang menyebabkan banyak kawasan yang dipermodenkan dan perkampungan ditenggelami air. Kawasan-kawasan tanah rendah telah ditebus guna dengan mengambil tanah dari kawasan bukit.

Pemusnahan hutan menyebabkan hujan terus turun ke bumi tanpa diserap oleh tumbuhan. Hujan yang turun dengan lebat menyebatkan air mengalir dengan banyak ke anak sungai atau perparitan.Jika dahulu anak-anak sungai dan perparitan dijadikan kawasan aliran air, kini kawasan tersebut telah ditimbus dengan tanah.

Kerajaan Pulau Pinang perlu teliti dalam perancangan pembangunan masa hadapan. Rancangan pembangunan tanpa perancangan teliti sama seperti amalan Kerajaan terdahulu di Pulau Pinang.

Bagaimana kita menyelesaikan masalah banjir untuk perancangan jangka pendek dan sederhana? Jawapannya mudah sahaja.

Setiap penyelesaian yang dirancang mesti ‘meniru’ kaedah semulajadi yang berlaku di alam sekitar kita. Air mengalir dari kawasan tinggi ke rendah sambil mengikut laluan paling logik (disebabkan graviti). Pada masa sama, ia perlu mengekalkan penyerapan air ke dalam tanah untuk membentuk air bawah tanah. Ini prinsip aliran air yang semulajadi. "Meniru" adalah kata kunci ketiga.

Jika prinsip ini gagal dilaksanakan, ia mungkin tidak akan menyelesaikan masalah banjir kilat tetapi memburukkannya lagi. Apabila kawasan tadahan sementara diwujudkan, ia perlu diselenggara dengan kerap. Pada masa yang sama aras air bawah tanah juga mempengaruhi fungsi kolam tadahan ini. Kaji dengan teliti sebelum melaksanakan mana-mana kaedah.

Sebagai sebuah Kerajaan Negeri yang mendokong amalan Cekap, Akauntabiliti dan Telus, agenda pembangunan dalam negeri ini haruslah menitikberatkan mengenai Pembangunan Lestari. Kerajaan yang bertanggungjawab bukan sekadar satu retorik politik tetapi mesti diiringi dengan tindakan. Sebarang rancangan pembangunan mesti dirancang sebaiknya bukan setakat untuk keuntungan dan kesejahteraan manusia tetapi juga turut menjaga keseimbangan ekosistem alam sekitar.

Sekian,
Mohd Faizal AB Rahman
Penyelaras Kebangsaan Solidariti Anak Muda Malaysia

posted from Bloggeroid

1 comment:

  1. Banjir kilat tidak akan berlaku jika tiada hujan lebat!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.