VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Wednesday 9 December 2015

Isu Tambakan Laut Pulau Pinang Lebih Penting Dari Menyerang 5 ADUN Berkecuali


Sumber: SM 

KENYATAAN MEDIA BERHUBUNG KECAMAN SETIAUSAHA POLITIK KETUA MENTERI TERHADAP 5 ADUN KEADILAN YANG BERKECUALI MENYOKONG USUL YANG DIBAWA OLEH ADUN PULAU BETONG SEWAKTU SESI PERSIDANGAN DUN YANG LALU.

Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang kesal dengan kenyataan media Yang Berhormat Wong Hon Wai selaku Setiausaha Politik Ketua Menteri dengan terus menyerang 5 ADUN Keadilan yang berkecuali menyokong usul yang dibawakan oleh ADUN Pulau Betong dalam Sidang DUN yang lepas melalui kenyataan media beliau bertarikh 7 Disember 2015.

Pada hakikatnya, usul yg dibawa oleh wakil UMNO itu telahpun ditolak oleh dewan menerusi undi belah bagi yang telah dijalankan sewaktu persidangan DUN yang lalu. Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang menyeru agar semua pihak hentikan perbalahan dan seharusnya bergerak ke hadapan dan bukannya menjadikan isu ini sebagai modal untuk terus menyalahkan 5 ADUN dari Keadilan yang memilih untuk berkecuali.

Secara dasarnya, pihak kerajaan telah menang dalam undian untuk menolak usul ini. Lebih lagi, 5 ADUN Keadilan hanya memilih untuk berkecuali, tidak seperti ADUN Tanjung Bungah yang menyatakan sokongan kepada usul ini dan Wong Hon Wai seharusnya sedar tentang perkara ini dari terus menyalahkan 5 ADUN Keadilan yang berkecuali.

Di hadapan kita, ada isu yang lebih besar iaitu soal penambakan laut yang akan memberi kesan yang positif mahupun negatif kepada kehidupan rakyat serta persekitaran yang terlibat dengan penambakan laut ini. Cadangan penambakan laut ini juga boleh beri kesan jangka masa pendek dan panjang kepada alam sekitar. Persepsi rakyat di negeri ini juga menunjukkan majoriti mereka kurang senang dengan projek-projek tambakan laut yang berskala besar.

Adalah menjadi tanggungjawab Kerajaan Negeri untuk terus fokus kepada isu yang lebih besar iaitu projek tambakan laut berbanding isu 5 ADUN PKR yang berkecuali. Pendengaran awam perlu dijalankan supaya rakyat lebih peka dan tahu apakah perancangan dan pendirian Kerajaan Negeri. Berteraskan prinsip pemerintahan ‘Cekap, Akauntabiliti dan Telus’, saya yakin rakyat perlu diberi peluang untuk memberikan pandangan dan maklumbalas terhadap usaha kerajaan dalam menjalankan proses penambakan laut yang berskala besar ini.

Akhir sekali, Keadilan komited untuk terus menjadi suara kepada rakyat untuk membangkitkan apa saja keresahan dan kegusaran yang mereka ada mengenai projek tambakan laut. Kita menyeru Kerajaan Negeri memberikan fokus kepada isu yang besar ini dari terus mencari sengketa dengan Keadilan melalui kenyataan-kenyataan kecaman yang berterusan tanpa penghujung. Perkukuhkan Pakatan Harapan dengan raikan perbedaan, bukan terus mengikut emosi.

Mohd Ikhwan Nasser Mohamad Isa
Ketua Penerangan
Angkatan Muda Keadilan Pulau Pinang
posted from Bloggeroid

1 comment:


  1. Hal yang tidak pernah terbayankan kini jadi kenyataan kepada keluargaku,,,kusus untuk AKI ALIH kami ucapkan banyak terimakasih yang sebesar-besarnya kepada aki. karena berkat bantuannya alhamdulillah keluarga kami bisa lepas dari hutang dan masalah, karena nomor “GAIB” untuk pasang togel, hasil ritual AKI ALIH memang benar-bener merubah nasib kami hanya sekejap,dan disitulah aku berkesempatan kumpulkan uang untuk buka usaha kembali,karena rumah juga sudah disita bank,,warung makan juga sudah bangkrut,,tapi itu semua aku masih tetap bertahan hidup dengan anak istriku,,walau cuma ngontrak tapi aku tetap bersabar dan akhirnya AKI ALIH lah yang bisa merubah nasib kami..maka dari itu AKI ALIH orang paling bersejarah di keluargaku…!!!jadi kepada teman-teman yang di lilit hutang dan ingin merubah nasib seperti saya silahkan hub AKI ALIH di nomor: 0823 1366 9888 atau dan dengan penuh harapan yakin dan percaya insya allah apa yang anda ingingkan pasti tercapai.ATAU KUNJUNGI BLOG


    KLIK DISINI 2D 3D 4D 5D 6D

























    Hal yang tidak pernah terbayankan kini jadi kenyataan kepada keluargaku,,,kusus untuk AKI ALIH kami ucapkan banyak terimakasih yang sebesar-besarnya kepada aki. karena berkat bantuannya alhamdulillah keluarga kami bisa lepas dari hutang dan masalah, karena nomor “GAIB” untuk pasang togel, hasil ritual AKI ALIH memang benar-bener merubah nasib kami hanya sekejap,dan disitulah aku berkesempatan kumpulkan uang untuk buka usaha kembali,karena rumah juga sudah disita bank,,warung makan juga sudah bangkrut,,tapi itu semua aku masih tetap bertahan hidup dengan anak istriku,,walau cuma ngontrak tapi aku tetap bersabar dan akhirnya AKI ALIH lah yang bisa merubah nasib kami..maka dari itu AKI ALIH orang paling bersejarah di keluargaku…!!!jadi kepada teman-teman yang di lilit hutang dan ingin merubah nasib seperti saya silahkan hub AKI ALIH di nomor: 0823 1366 9888 atau dan dengan penuh harapan yakin dan percaya insya allah apa yang anda ingingkan pasti tercapai.ATAU KUNJUNGI BLOG


    KLIK DISINI 2D 3D 4D 5D 6D








    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.