VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Thursday 10 December 2015

PAU 2015: Najib Cuba Tarik Sokongan Orang UMNO Dengan Sentimen Agama dan Bangsa


Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi amaran bahawa sekiranya bukan Umno memerintah negara, tanah air ini bakal jatuh ke tangan DAP.

Menurutnya, di negara ini hanya dua sahaja pilihan yang ada untuk rakyat Malaysia iaitu Umno atau DAP.
"Realiti politik di Malaysia hari ini, rakyat mempunyai cuma dua pilihan sahaja, sama ada gabungan yang dipimpin oleh Umno ataupun yang dipimpin atau didominasi oleh DAP.

"Maksud saya, seandai dan sekiranya Umno ditolak, negara ini akan diperintah oleh mereka yang anti perjuangan Islam serta menolak perjuangan Melayu serta Bumiputera," katanya dalam Ucapan Dasar Presiden pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) di sini, hari ini.

Menurutnya lagi, masa depan anak-anak bangsa bakal diperjudi apabila DAP memerintah negara.
Sebelum itu dalam ucapan sama beliau berkata,  rakyat sering dimomok-momokkan oleh parti pembangkang, kononnya mereka alternatif untuk menggantikan kerajaan.

"Contoh yang sangat ketara sekarang, betapa DAP, cuba ‘menguasai’ parti-parti lain dalam pakatan pembangkang.

"Itulah dia DAP, yang tidak pernah setia dengan rakan gabungannya. Kalau nak ikutkan perumpamaan orang berkahwin, sudah tiga kali jatuh talak. Nampaknya, besok-besok, kalau pecah pulak dengan Pakatan Harapan, tak tahulah pula talak berapa nak pakai nanti," katanya.

Tambahnya, "nak berpakat pun payah, jadi macam mana nak perintah negara?"

Sehubungan itu, beliau menyeru agar ahli Umno dan orang Melayu berjaga-jaga dan berwaspada, jangan sampai tersilap langkah hingga terjun ke dalam perangkap ini.

2 comments:

  1. cakap mamat ni macam gampang untuk siboddo
    kalau dah ramai malayu pakat sokong pas pkr macam mana dap nak dapat majoriti
    masa omno kuat dulu mca gerakan kuat pasai apa mca gerakan tak boleh dapat majoriti
    sebab parti china memang tak cukup kerusi
    jangan jadi bodo bila denagr tipuan omno

    ReplyDelete
  2. pegi jalan dah sama ketua lanung selanung 1malaysia (fakta sejarah - bugis mmg keturunan lanung selanung).

    tu aje nyawa ko? gi jalan dah lu..jalan sejalan-jalannya...ada lagi ko lagi teruk 1malaysia nie jadi..g jalan la ketua lanung selanung 1malaysia!!!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.