VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Thursday 27 August 2015

Najib Besar Kepala Kerana DUIT


Tulisan Nordin Kcd

Sebenarnya Najib sendiri tahu kuasa dia tidaklah sebesar mana walau pun dia cuba membesar-besarkan diri dia dengan mengaku yang dia hebat macam ‘Pahlawan Bugis”. Dia juga tahu, hari ini kalau dia mati, besok Malaysia tetap wujud malah Malaysia jadi lebih bahagia tampa dia. Tapi yang buat dia jadi besar kepala adalah kerana DUIT. Makin besar duit yang dia kebas, makin besarlah kuasa yang dia boleh beli walau pun dia kata kuasa dia itu untuk parti.

Sebab itu Najib perlu banyak duit. Duit itu dia guna untuk beli sokongan orang UMNO supaya mempertahankan dia jadi presiden parti mereka. Duit itu j
uga dia guna untuk beli undi rakyat supaya dia boleh kekal jadi perdana menteri. Jadi dia kena cari banyak duit untuk tujuan ini. Tapi siapa yang nak bagi dia duit secara percuma kalau tidak dilakukanya secara haram??

Malangnya rakyat cuma tahu sedikit saja daripada apa yang dia dah buat. Apa lagi bila rakyat memilih untuk membisu membuatkan dia rasa langsung tidak bersalah dengan apa yang dia dah buat. Adakah rakyat sudah lupa ke mana perginya duit komesyen pembelian kapal selam Perancis sebanyak RM500 juta itu? Semua orang tahu kerana duit komisyen itulah Altantuya dibunuh. Hingga kini orang yang mengarahkan Altantuya dibunuh masih hidup bebas tampa rasa bersalah.

Walau pun Najib terlepas daripada tuduhan membunuh Altantuya tetapi Najib masih tidak terlepas daripada dihantui sumpahan atau ‘karma’ dari orang yang mati dibunuh ini. Sebab itu dalam era dia memerintah, Najib menghadapi banyak mala petaka seperti kemarau dan banjir berlaku dalam satu tahun, Sabah dicerobohi penyangak Filipina, dua pesawat MAS menimpa mushibah dalam satu tahun, gempa bumi berlaku di Sabah, jenayah semakin meningkat dan sebagainya. 

Hari ini akhbar terkemuka dunia, WSJ berani buat dakwaan bahawa Najib sendiri simpan duit 1MDB yang dikatakan hilang itu dalam akaun peribadi dia. Kenapa Najib tidak berani menyaman mereka jika dakwaan WSJ itu tidak benar?? Namun biasalah, orang kalau muka dah tak tahu malu, sanggup memperbudak-budakkan rakyat Malaysia dengan menipu kononnya duit yang masuk dalam akaun peribadi dia itu adalah sumbangan “derma politik” dari Arab Saudi. Maka bergemalah suara pecacai-pecacai dia mempertahankan pembohongan yang dia buat itu.

Hanya orang yang hilang akal saja percaya pembohongan mereka. Kita tidak perlu lagi cari kebenaran, kerana ia sudah terang lagi bersuluh. Dia berani melakukan semua ini secara terang-terangan kerana adanya pengaruh DUIT. Dengan duit dia jadi berkuasa. Dia boleh singkir siapa saja yang dianggap sebagai pengancam termasuklah Timbalan dia sendiri.

Perbuatan Najib sekarang amat memalukan rakyat Malaysia dan negara. Segala sistem yang ada sekarang nampak seolah-olah tidak lagi berfungsi untuk melawan dia seorang. Dari Majlis Raja-Raja, Polis Diraja, sistem perundangan hinggalah rakyat jelata hanya mampu tengok saja, paling kuat cuma boleh berrungut. 

Kalau Najib dah hilang harga diri dia, itu kita tak heran kerana berbilion ringgit dia dah kebas, tapi dimanakah letaknya harga diri kita, apakah kita masih mahu mengangong-agongkan seorang individu yang mengekploitasikan segala kemudahan yang diberikan kepadanya untuk menipu rakyat??? Tidak ada lagi ertinya kita sambut merdeka jika kita sendiri sudah tidak lagi rasa merdeka dibawah pemerintahan Najib. 

Ayuh bangsa ku, jika kita tidak mahu hidup kita dibelengui dengan penyelewengan yang berlaku didepan mata, kita harus bangun dari tidur dan mengatakan yang benar bahawa Najib tidak lagi layak jadi perdana menteri Malaysia.

1 comment:

  1. TU GAMBAR KETUA LANUNG SEDANG BERTEMPIK "AKU KETURUNAN ANDI "GRIFFITHS" MMG DARI KETURUNAN LANUNG..JADI X SALAH AKU MELANUNG SELANUNG RETA-BENDE INI MALAYSIA LA"...LPS TU KETUA LANUNG SELANUNG 1MALAYSIA..KETAWA BERDEKAH=DEKAH!!!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.