VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Monday 17 August 2015

Mahathir tidak mendapat keadilan liputan Media?


Catatan Umum
17 Ogos 2015

Mahathir tidak mendapat keadilan liputan Media?

1. Sudah dua bulan SAMM memulakan kempen #sudahlahMahathir, kempen ini mendapat sokongan perbagai pihak tanpa menafikan kekeliruan dan penentangan juga wujud dan bukan senang untuk mendapat liputan media bagi menerangkan secara jelas kempen ini.

2. Terbaru akhbar Sinar Harian di mana sepanjang minggu lepas kami sudah memulakan 'hubungan' bagi menyiarkan tulisan penuh mengenai 'apa dia kempen #sudahlahMahathir'. Telah dipersetujui tulisan tersebut akan disiarkan dalam ruangan pendapat akhbar tersebut, namun malangnya malam semalam (16 Ogos) saya dihubungi memaklumkan tapisan peringkat tertinggi akhbar tersebut telah menolak menyiarkan mengenai kempen #sudahlahMahathir.

3. Sebelum itu sebuah akhbar online The Malaysian Insider di mana banyak menyiarkan tulisan aktivis SAMM termasuk berita mengenai SAMM sebelum ini tetapi pada satu peringkat ketika kempen #sudahlahMahathir mula 'panas' salah seorang editor kanan media berkenaan memaklumkan kepada salah seorang aktivis SAMM bahawa tulisannya terpaksa ditolak kerana anti Mahathir dan perlunya dia menulis tajuk lain dan 'InsyaAllah' akan disiarkan. Jika ini zaman Mahathir bayangkan, bukan media tidak pro dia malah media yang tidak menyerang musuh politiknya pasti akan sengsara.

4. Ini menguatkan kepercayaan SAMM bahawa media bebas itu sebenarnya suatu yang hampir tidak wujud. Media pasti akan melapor hanya berdasarkan kehendak 'tauke' mereka atau paling tidak kehendak pasaran. Kerana itu dalam Blue Print #NegaraPembaharuan yang akan diterbitkan nanti, dalam perihal Media kami menegaskan media bebas tidak wujud tetapi perlu didesak ialah kebebasan mewujudkan media itu. Media harus bebas cengkaman penguasa.

5. Kami faham ramai tersedut dan terpesona serta mengherokan Mahathir, malah isteri Anwar Ibrahim sendiri dilaporkan The Malaysian Insider' seolah membasuh semua durjana Mahathir klik http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/wan-azizah-syukur-dr-mahathir-kini-faham-perasaan-rakyat

6. Namun kami tegas Mahathir ialah punca kerosakan negara. Ya, Najib punya masalah sebegitu juga Abdullah Badawi tetapi menjatuhkan seorang PM (individu) semata - mata dengan melantik seorang lagi individu ikut 'tunjuk' Mahathir tidak mengubah keadaan malah terus memerangkap negara jauh dalam kehancuran.

7. Sila klik sini http://chegubard.blogspot.com/2015/08/apa-dia-kempen-sudahlahmahathir.htmluntuk membaca dan memahami apa dia kempen #sudahlahMahathir itu sebenarnya.

8. Yang didesak SAMM ialah ke arah negara perubahan sila klik sinihttp://anakmudamalaysia.com/2015/08/rethinking-merdeka-negara-perubahan/ untuk memahami apa dia 'negara perubahan' dan bentuk Kerajaan Peralihan  (Caretaker Government) yang didesak oleh SAMM.

9. Kepada semua khususnya kepada pemimpin Pembangkang, sampai bila kita harus mengikut skrip yang sama semata ? Kita tidak perlu bergantung kepada Mahathir. Ikut skrip lama selepas singkir Abdullah, tiada tindakan diambil untuk memulangkan khazanah rakyat.Selepas itu berlaku pilihanraya, Mahathir yang kita latih rakyat rujuk dan herokan Mahathir akan membelasah kita dengan teruk semula. Adakah kita mahu ikut skrip yang sama ?

sekian.

che'GuBard
Pengasas
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.