VOTE ONLINE PASCA PRU13:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.


COUNTDOWN JANGKA HAYAT UMNO BN

Google+ Followers

Blogger Kool

Friday, 21 August 2015

Mahathir Bukan Selamatkan Malaysia


Kenyataan Media
21 Ogos 2015

SAMM Dah Kata, Mahathir Bukan Selamatkan Malaysia

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) selama ini menyongsang arus apabila memilih kempen #SudahlahMahathir ketika banyak pihak menjadikan Mahathir kereta kebal ampuh melawan Najib. Malah SAMM dikeji dan ditohmah oleh banyak pihak termasuklah dituduh menyokong pentadbiran Najib hanya kerana menentang Mahathir dengan keras. 

Namun kenyataan Mahathir semalam adalah satu tamparan hebat buat ahli politik pembangkang yang selama ini menjadikan populariti Mahathir sebagai modal perlawanan dan pedoman dengan perkiraan 'Musuh kepada musuh adalah rakan'. 

Terdahulu, Penasihat DAP Lim Kit Siang mempelawa Mahathir bersama DAP untuk melawan Najib. Mutakhir ini, Presiden PKR yang juga ketua pembangkang menyucikan dosa-dosa Mahathir apabila secara terbuka menyambut seruan Mahathir menyingkirkan Najib. Hampir semua Ahli Parlimen pembangkang mengikut rentak Mahathir. 

Akhirnya lewat petang semalam, dengan populariti yang turut didokong sendiri oleh pihak pembangkang, Mahathir menasihatkan pembangkang supaya terus bekerja keras menumbangkan Najib namun dalam masa sama harus mengekalkan pentadbiran Barisan Nasional. 

Sekarang apa kata parti pembangkang? Apakah parti pembangkang akhirnya akan akur kepada seruan Mahathir mengekalkan pentadbiran BN? 

Mahathir adalah penipu, setiap kata-katanya adalah penipuan. Mahathir hanya tidak menipu ketika berdiam diri, itupun kita harus berhati-hati kerana pastinya Mahathir yang berdiam itu sedang merancang untuk penipuan seterusnya. 

Mahathir bukan mahu selamatkan Malaysia, malah Mahathir bukan mahu selamatkan Umno pun. Mahathir-Najib atau Mahathir-Paklah atau Mahathir-sesiapa sahaja adalah pertembungan meletakkan kroni bagi menjarah khazanah tanahair. Noktah.

Sebelumnya Mahathir telah memohon maaf kepada umum kononnya pilihannya kali ini gagal. Harus disedari, Najib adalah pilihan kedua Tun Mahathir selepas Pak Lah. Persoalannya, apakah kita rakyat Malaysia harus terus memberi ruang kepada Tun Mahathir menentukan siapa yang berhak menjadi Perdana Menteri? 

SAMM juga tidak pernah sesekali bersetuju dengan idea menurunkan Najib untuk digantikan dengan seorang lagi pemimpin politik daripada UMNO/BN. SAMM menegaskan tuntutan untuk diwujudkan Kerajaan Sementara (Caretaker Government) meliputi semua Parti Politik bagi menyelesaikan krisis yang sedang berlaku dan mempersiapkan Malaysia untuk menghadapi Pilihanraya Umum yang bersih, adil dan telus dalam tempoh maksima 18 bulan.

SAMM terus kekal dengan pendirian dan akan tetap meneruskan kempen ‪#‎SudahlahMahathir‬ kerana Mahathir adalah perlambangan kepada sistem sedia ada yang rosak dan korup. SAMM juga ucap tahniah kepada Lim Kit Siang dan Wan Azizah yang meng'hero'kan Mahathir dan seterusnya menyokong agenda 'kekal BN' Mahathir.

Sekian,

EDY NOOR REDUAN
Pengarah Propaganda
Solidariti Anak Muda Malaysia

1 comment:

  1. samm.....aku tk tahula kau mari dari planet mana.....kalau nak jadi pejuang kena telus kauorang punya persatuan nii something wrong la....cuma mntak pendapat orang luar pasal isu 2.6 biliion apa kata diaorang....jgan syok sendiri.....isu ni takda kena mengena pasal tun pon.......samm isu dia siapa yang terima duit tu....yang kau merepek burukkan tun ni apahal....atau sebenarnya kauorang setuju lah pasal duit tu masuk account najib dan mntak jangan dipersoalkan......nampak sangatla dunggu tahap kronik kauorang ni atau korang ni macam ada .............je

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.