VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Sunday 12 July 2015

Serang Low Yat, Ayuh Bersatu Lawan Penipuan










Kecoh pergaduhan yang menjadi besar di Plaza Low Yat yang terkenal dengan barangan elektronik dan telefon.

KEDAI DISERANG

Sebuah kedai menjual telefon jenama Oppo di Plaza Low Yat telah mengalami kerosakan teruk akibat diserang oleh sekumpulan lelaki yang dikatakan bermotifkan dendam.

Kejadian berlaku kira-kira 7.50 malam itu selepas berbuka, dikatakan 7 orang lelaki Melayu telah datang dan menyerang kedai berkenaan.

Mereka memukul dan merosakkan barangan dalam kedai tersebut yang menanggung kerugian hampir sebanyak RM70,000.

PUNCA

Pergaduhan itu berpunca kerana rasa tidak puas hati seorang lelaki Melayu yang telah ditahan oleh pengawal keselamatan kerana dikatakan telah mencuri telefon bimbit di kedai itu.

Suspek yang ditahan oleh pengawal keselamatan itu kemudian menyerahkannya kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

Kemudian, suspek bersama 7 orang lelaki Melayu yang dikatakan rakannya telah datang semula dan menyerang kakitangan Oppo dan merosakkan segala barangan di premis itu.

Tindakan itu telah mengundang kemarahan para peniaga di bangunan itu dan menyebabkan mereka pula dibelasah sehingga ke kawasan pintu masuk utama Plaza Low Yat.

Polis berjaya menangkap seorang rakan suspek yang berusia 22 tahun dan siasatan lanjut bagi mengesan suspek yang terlibat sedang dijalankan.

REAKSI NETIZEN

Terdapat pelbagai reaksi netizen di laman sosial. Ada yang berbangga dengan tindakan anak-anak muda Melayu yang dilihat berani menggegarkan Low Yat yang selama ini sering menipu pelanggan mereka.

Antara komen yang diberikan:

"Respect! Ada juga anak Melayu yang berani menggegarkan Low Yat yang menjadi sarang penipu bangsa itu!"

Tidak kurang juga ada yang mendakwa suspek telah dituduh mencuri telefon bimbit di premis tersebut.

LAPORAN POLIS

Antara kenyataan polis:

"Salah seorang rakan suspek tidak berpuas hati telah memanggil beberapa rakannya dan bertindak memecahkan barang-barang di dalam kedai telefon,"

Bagaimanapun setelah dibawa ke balai, suspek menunjukkan bukti pembelian dan dilepaskan serta merta oleh pihak polis.

3 comments:

  1. Ini kerja penguatkuasa.malaysia...bukan rakyat mcm kita...lain jadi nanti...

    ReplyDelete
  2. Ini kerja penguatkuasa.malaysia...bukan rakyat mcm kita...lain jadi nanti...

    ReplyDelete
  3. kpeedeenkk berani ker nak bertindak???????? harga barang di LY mmng tak std... jika tersilap langkah atau tak da pengalaman... mmng kena kelentong... harga barang seringgit boleh jad 50 hengget... sy ada pengalaman beli android phone 3 tahun lepas... masa kita dh konfirm nak beli peniaga minta cagaran rm50 sebelum dia pergi ke stor utk ambil produk... lepas tu dia buat kecoh2 sikit dgn nak install itu dan ini dan buatkan kita luopa dgn cagaran rm50 tu...las2 kena kencing rm50... bila kita dtg esoknya nk tuntut peniaga tu dh tak da disitu... stallnya semalam dah org lain pulak yg jaga.. so hati2 LY mmng ada seribu satu jenis penipuan... kpdnkk bila dengar cerita ni dgn selambanya akan bagi jawapan mudah...kenapa tak repot... tapi sebenarnya mereka tahu hal2 begini berlaku di LY... jadi ini sekali lagi membuktikan pemimpin melayu yg tipu melayu dan membenarkan bangsa lain tipu melayu... ini adalah hasil dari tanggungjawab pemantauan yg tidak dibuat oleh kpdnkk yg selalu bagi alasan tak da kes dilaporkan... patutnya org ramai bukan taji peniaga LY tapi taji kpdnkk yg tak buat kerja... tapi bagi og melayu janganlah bertindak ikut suka hati... gunakan akal budi... tetapi cuba kita bayangkan bila kita repot agak2 peniaga tu kena tangkap tak... itu masalah sebenarnya... dan ceritanya balik kpd pemimpin melayu bunuh melayu...
    yang namanya melayu ni pun satu hal... sebelum mengamok cuba cermin muka tu sikit... korang juga yang pergi LY tu nak cari barang.. mana ada peniaga melayu yg boleh offer barang yg ada di LY... sekali lg ceritanya walhasil balik asal ... pemimpin melayu tahu tapi mereka tak peduli sebab sibuk isi poket depa... lagi pemimpin melayu bunuh melayu...sedar2 lah wahai melayu...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.