VOTE ONLINE PASCA PRU13:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.


COUNTDOWN JANGKA HAYAT UMNO BN

Google+ Followers

Blogger Kool

Sunday, 5 July 2015

Disebabkan Kegagalan Menguruskan Ekonomi, Rakyat Dilarang Balik Kampung


Jangan Balik Kampung? !

Ada pihak mencadangkan agar rakyat jangan balik kampung di musim perayaan ini untuk menjimatkan perbelanjaan. Katanya, mengapa sikap kita tidak berubah masih terus mahu balik kampung sedangkan keadaan ekonomi berubah. Kenaikan harga barang dan tol dijadikan asas cadangan ini.

Ulasan saya (Dr.Maza); 
Saya rasa pencadang berkenaan gagal melihat nilai kekeluargaan dan keinsanan dalam kehidupan ini. Balik kampung bukan satu gaya hidup bagi rakyat negara ini tetapi ia adalah hubungan kekeluargaan khususnya antara anak dan ibu bapa. Apabila kita melihat kesemua perkara dari sudut ringgit dan sen, maka kesimpulan kesimpulan sebegitu mungkin muncul. Apa erti wang ringgit tanpa hubungan insani ataupun keluarga. Apakah dalam usaha membela 'kenaikan harga dan tol' disebabkan cara urus ekonomi yang kurang berjaya di peringkat atasan, kita ingin korbankan nilai-nilai kemanusiaan yang ada dalam hidup kita?! Apakah kita sanggup mendengar kisah ibubapa kesedihan anak-anak tidak pulang berhari raya di kampung atas alasan 'tol mahal ibu'.
Elok pihak berkenaan beri cadangan yang lain.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.