VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Friday 24 May 2013

SPR kata lakonan tapi RAKYAT kata BlackOut!


Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata kesimpulan itu dibuat hasil penelitian beliau bersama pegawai-pegawainya.   

"Mereka telah melakonkan perkara ini sebelum pilihan raya lagi untuk disebarkan di internet sebagai helah bagi menunjukkan kononnya berlaku kejadian lampu padam, sedangkan ini semua cerita karut.
   
"Pada gambar tersebut ditunjukkan kononnya petugas SPR sedang mengira kertas undi dan terpaksa menggunakan lampu bantuan kerana lampu padam sedangkan petugas itu langsung tidak memakai baju SPR," katanya kepada Bernama ketika ditemui baru-baru ini.
   
Beliau berkata bukti paling nyata apabila gambar tersebut menunjukkan terdapat ramai pemberita dan jurugambar berada di dalam tempat pengiraan undi sedangkan hakikatnya tidak ada sesiapa yang boleh berada di tempat tersebut melainkan petugas SPR dan ejen calon.
   
"Prosedur Operasi Standard (SOP) dan tatacara kerja seperti yang ditunjukkan oleh gambar itu langsung tidak betul... mereka sudah terlupa, hendak menipu tetapi tidak faham tatacara kerja dan tidak matang.
   
"Malah dulang yang digunakan untuk meletak kertas undi juga bukan dulang SPR, bahan dan saiznya berbeza.. banyak perkara dalam gambar tidak ikut SOP SPR," katanya.
   
Berita penuh SINI

Mari kita menilai pulak dari dua gambar nie





Nah, hangpa nilai sendiri - mana gambar ori mana edit.
Siapa ambik gambar ni tolong tampil ke hadapan!

Ayat Macai  


"Kadang2 mereka ni nak buat fitnah pun tak profesional dan banggang... Pusat mengundi tutup jam 5 ptg dan proses mengira undi dijalankan selepas itu yang dihadiri oleh counting agen dari parti masing2. So mana mungkin berlakunya blackout sedangkan pengiraan dijalankan pada waktu siang dan palin lewatpun sehingga jam 7.30 petang kecuali terdapat perkara2 berbangkit semasa pengiraan... sehinggakan melewati jam 8.00 malam..."

Aku nak jawab sikit saja.. Kalau di kira awal dan paling lewat pukul 7.30 kenapa boleh umum keputusan sehingga pukul 1 pagi.. Kenapa tak umum pukul 9 macam yang di janji kan.. Berapa lama masa perlu di ambil untuk mengera kertas undi untuk satu parlimen? 6-7 Jam masa di ambil untuk di kira?



Kejadian blackout ketika kiraan undian di pilihanraya sering berlaku. ini salah satu taktik sebuah pihak yang inginkan kemenangan untuk terus memerintah. bayangkan, selepas kertas undian itu dikira, ia akan diletakkan di dalam sebuah kotak dan akan dibalutkan. kemudian sehelai kertas (borang 14) diselitkan diatan balutan. kertas itu adalah hasil kiraan undian untuk sebuah kotak dan akan di 'key in' didalam komputer. jadinya, kalau blackout berlaku, senang-senanglah kertas itu dapat ditukar kepada kertas yang lain. inilah taktik busuk dipilihanraya.

satu lagi, ketika blackout, pada mula-mulanya, terdapat hanya 3 kotak undian sahaja. bila berlaku blackout, tiba2 ada kotak undian yang bertambah. mana datang kotak2 undian itu? taktik busuk ini dilakukan ketika proses pengiraan undian. elektrik akan diputuskan hanya di bangunan dimana undian itu dijalankan. maka berlakulah blackout yang selama ini dikatakan tidak disengajakan oleh TNB atau kejadian blackout itu diluar pengawasan TNB. tak munasabah langsung diluar pengawasan TNB.

kejadian blackout ni boleh jadi satu taktik 'trademark' sesebuah pihak yang inginkan kemenangan.


LAYAN..............





No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.