VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Tuesday, 31 December 2013

[Live]Sambutan Ambang Tahun Baru Bersama Ustaz Azhar Idrus


Berlangsung di Padang Bandaran Butterworth, Pulau Pinang.

Sebarkan



Kisah Sebenar Pembelian Kereta Mercedes-Benz S300L Dengan Harga RM 298,263.75 Berbanding Dengan Harga Asal RM 657,218 Untuk YAB Ketua Menteri.


Kenyataan Akhbar Pegawai Kewangan Negeri Pulau Pinang Dato Mokhtar Mohd Jait Di Pulau Pinang Pada 31.12.2013.

Pembelian Kereta Mercedes-Benz S300L Dengan Harga RM 298,263.75 Berbanding Dengan Harga Asal RM 657,218 Untuk YAB Ketua Menteri.

Saya telah diarahkan untuk mengumumkan butiran lanjut berkaitan dengan pembelian kereta Mercedes-Benz S300L dengan harga RM 298,263.75 berbanding dengan harga asal RM 657,218.(sila lihat lampiran) oleh kerajaan negeri untuk YAB Ketua Menteri Tuan Lim Guan Eng.

Mesej Mahasiswa Untuk Kerajaan

Kenyataan timbalan menteri hina intelektual mahasiswa – Muhammad Najib Abdurrahim


DECEMBER 30, 2013
Saya tertarik untuk memberikan reaksi berhubung kenyataan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim berkenaan perhimpunan yang akan diadakan pada 31 Disember ini.

Di dalam laporan tersebut, Datuk Razali dilaporkan bahawa sekiranya mahasiswa bijak, mereka tidak akan memilih untuk menurunkan kerajaan melalui perhimpunan ini, bahkan akan memilih jalan pilihan raya yang akan dilakukan di dalam tempoh setiap lima tahun.

Saya kira, sudah cukuplah para menteri mengeluarkan kenyataan yang menghina nilai intelektual dan daya berfikir rakyat, kerana setiap kenyataan yang keluar daripada mulut menteri-menteri ini langsung tidak menggambarkan mereka itu layak memangku jawatan mereka sekarang. Adakah sememangnya menteri-menteri daripada kerajaan hanya menjadikan RTM, TV3 dan Utusan serta media-media yang dikawal oleh mereka sebagai bahan bacaan harian mereka?


Untuk pengetahuan Datuk [sekiranya Datuk benar-benar tertinggal di dalam isu ini], perhimpunan yang bakal dianjurkan oleh Gerakan Turun Kos Sara Hidup [Turun] pada 31 Disember ini adalah bertujuan mengumpulkan rakyat daripada pelbagai latar belakang ekonomi yang merentas fahaman politik, yang rasa tertekan dengan kenaikan kos sara hidup pada masa kini.

Saya kira, Datuk perlu lebih terbuka di dalam membaca berita-berita dari media alternatif, memandangkan segala dakwaan yang dicanang-canangkan oleh Datuk dan rakan-rakan Datuk telah pun dijawab satu persatu oleh pihak penganjur.

Saya melihat ia seakan telah menjadi suatu “trend” bagi menteri untuk merendah-rendahkan nilai daya fikir mahasiswa apabila kami dilihat tidak bersama dengan kerajaan di dalam satu-satu isu bahkan dituduh sebagai dipergunakan oleh pihak-pihak yang berkepentingan ataupun pihak pembangkang.

Ingin saya tegaskan kepada pihak Datuk bahawa, keterlibatan mahasiswa di dalam perhimpunan yang akan datang ini adalah bagi menunaikan hak demokrasi kami seperti yang telah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Mahasiswa juga ingin menghantar mesej kepada pihak kerajaan bahawa sebagai sebahagian daripada gerakan masyarakat sivil, mahasiswa sedang memerhati dengan serius setiap gerak geri kerajaan. Mahasiswa ingin menurunkan kerajaan? Ya! Kami bersedia dan tidak sabar untuk menantikan detik itu pada PRU14 nanti! – 30 Disember, 2013.

Monday, 30 December 2013

Sedang Heboh di Perkatakan Tentang Sekatan Jalan Raya di Hentian Rehat dan Rawat Gurun


Gambar ini menunjukkan Operasi Polis dalam sekatakan jalan Raya.. Adakah ini salah satu cara baru polis buat sekatan jalan raya selepas di kecam hebat kebelakangan ini.. Tujuan polis buat sekatan jalan raya bagus untuk mengekang penjenayah dan mengambil tindakkan kepada  persalah trafik.

Email Berjaya Di Pintas.. Rupanya C Untuk C4!!


Emel terbaru dipintas. Sebenarnya C untuk C4 !!

Haha pertandingan emel palsu. Hantarkan penyertaan lucu & berkaitan dengan isu semasa agar polis boleh siasat Najib dan macai2nya http://emailpalsu.blogspot.com/

Share

Aku sudah serik jadi pembela Najib dan Umno-BN kalau macam nie lah nasib rakyat Malaysia



Kepada Pembela Najib dan Umno-Barizan Nasional

Sila ambil maklum. Sebelum PRU13 para blogger dan facebooker pro kerajaan (macai) banyak membantu kempen untuk memenangkan Umno. Najib untuk kekalkan kuasa. Malah para pembela (macai) juga sama2 memainkan peranan membela Umno

Selapas keputusan PRU13 diumumkan, mereka ini lah juga yang tak putus2 memuji anda dan mengucap tahniah kepada kepada Najib.

Bilangan mereka ramai. Aku yakin dan teramat yakin, para2 blogger dan penyokong2 berkenaan telah memberikan undi kepada Umno pada PRU13 yang lalu.

Mereka undi Umno kerana nak selamatkan BN dan kerana nak angkat anda jadi PM. Mereka juga undi Umno kerana nak selamatkan kuasa politik melayu yang kononnya kian terhakis kerana bangsa lain dan rakyat tidak di tindas dengan kenaikan kos sara hidup.

Mereka telah di bodohkan dengan agenda kononnya tak rela melayu hilang kuasa memerintah negara ini. Mereka tak mahu Malaysia menjadi Singapore. Mereka di bodoh kan lagi dengan agenda itu tak mahu DAP menguasai kerajaan secara halus.

Ya, memang aku teramat yakin, mereka telah di bodohkan dengan permainan politik agama, bangsa dan negara.. Aku yang tinggal di Pulau Pinang tidak lah rasa macam mana agenda yang mereka momokkan untuk menarik undi dan membuat rakyat jadi takut dengan pembangkang..

Tengok lah sekarang apa sudah jadi apa bila Mereka termakan dengan agenda politik sempit mengapi-api kan politik bangsa dan agama..

Harga barang dan perkhidmatan naik mencanak-canak.. Dek kerana berselindung dari politik melaga-laga kan agama dan bangsa..

Sekarang pilihan di tangan anda.. Kalau sebelah tangan kiri anda di berikan kertas dan sebelah kanan di berikan tisu.. Untuk kesatkan air mata.. Anda pilih yang mana?

Buat lah pilihan yang tepat dan jangan ulangi kesilapan yang lepas..

Milik Siapakah BOM Tangan Itu Wahai PDRM?



KENYATAAN MEDIA
30 DISEMBER 2013 (2.10pm)

BOM TANGAN: SIAPA PESERTA ITU WAHAI PDRM?

Respon yang diberikan oleh Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Amar Singh Ishar Singh yang cuba mengelak dari notis saman RM100 juta oleh Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) menggambarkan dirinya berada dalam kedudukan panik.

Datuk Amar Singh dalam kenyataan terbarunya nafi menyebut NGO merancang pengeboman, tetapi menyebut risiko pengeboman tersebut mungkin dibuat oleh peserta lain. Persoalan timbul, siapakah peserta itu? Apakah peserta itu dikenali di kalangan polis? Berapa banyak bom tangan yang ditemui?

Tuduhan melulu sabtu lalu bukan sahaja mencemar nama baik SAMM, malah mendatangkan kebimbangan awam yang melampau hanya berdasarkan sumber yang tidak kredibel dan maklumat risik yang tersasar. Ini tidak boleh dimaafkan, PDRM dan Amar Singh tidak akan terlepas kali ini walau dengan apapun helah dan 'cakap pusing'nya kerana SAMM mempunyai bukti berbentuk video dan keratan akhbar.

SAMM juga turut pelik, bagaimana sebuah institusi yang sepatutnya mententeramkan awam dan menjaga keselamatan, sebaliknya bertindak bagaikan agensi propaganda yang menggusarkan rakyat dengan berita 'bom tangan', ia semestinya dakwaan yang sangat serius.

SAMM terus menyeru orang ramai membanjiri Dataran Merdeka mengenakan pakaian hitam dan membawa bendera kebangsaan bersama secara aman.

SAMM sekali lagi menegaskan menolak fitnah 'himpunan guling kerajaan'. Himpunan ini adalah himpunan protes kenaikan kos sara hidup yang dianjurkan sendiri oleh rakyat, ekoran kegagalan kerajaan dan juga penipuan janji PRU oleh Barisan Nasional.

che'GuBard
Pengasas
Solidariti Anak Muda Malaysia

*Dikepilkan salah satu bukti keratan akhbar online Harian Metro sebagai rujukan

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.