VOTE ONLINE PASCA PRU13:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.


COUNTDOWN JANGKA HAYAT UMNO BN

Google+ Followers

Blogger Kool

Friday, 7 July 2017

OKU MENARUH HARAPAN KEMENANGAN YANG TINGGI KEPADA AMANAH KAWASAN SIK UNTUK MEMBAWA SUARA MEREKA DIPARLIMEN MENJELANG PRU14



Sik - 7 julai 2017, Seorang penduduk OKU menyerahkan borang keahlian Parti Amanah Negara dan mewakili penduduk kampung yang ingin bersama Amanah Sik harini telah menyerahkan borang keahlian dan menyatakan sokongan sepenuhnya kepada Amanah Kawasan Sik hari ini.

Beliau dikenali dengan panggilan mesra sebagai 'Paknyang lid ' dikampung tersebut telah menyuarakan isi hatinya kepada Ketua Amanah Kawasan Sik sdr Sulaiman Ibrahim supaya diberikan kemenangan berpihak kepada Amanah Kawasan Sik kelak untuk membawa suara rakyat bawahan yang berada dalam tekanan ekonomi hidup.
Katanya " Paknyang nak Amanah Sik bawa suara org miskin ,ekonomi dan masalah melibatkan negara yang kena tempias kepada orang kampung macam kami kat sini di Parlimen nanti. Katanya lagi "Paknyang tau depa Amanah Sik ni kaki lawan kat Parlimen tak kira lagu mana pon sbb tu paknyang masuk Amanah hari ini .Paknyang tengok depa (Amanah Sik) kuat buat kerja dari akaq umbi sampai peringkat atas.Paknyang nak tolong depa buat keja tak boleh sebab paknyang takda daya nak pi sana sini,Paknyang mampu pangkah dan sokong kot belakang ja".

Beliau ketika dihubungi sebentar tadi menunjukkan sokongan penuh dan akan membawa kawan2 OKUnya yang lain bersama menyokong Parti Amanah Negara Kawasan Sik.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.