VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Thursday 11 February 2016

OSA Bukan Pelindung Jenayah Korupsi


Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
Kenyataan Umum
12 Februari 2016

OSA Bukan Pelindung Jenayah Korupsi

Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) mengutuk cadangan Peguam Negara untuk meminda Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972 bagi memasukkan hukuman penjara seumur hidup dan 10 sebatan sebagai hukuman. Cadangan semberono ini tidak sepatutnya dikeluarkan sekiranya kepimpinan Negara hari ini benar-benar mempunyai iltizam politik yang tinggi untuk menghapuskan unsur-unsur korupsi dalam pentadbiran Kerajaan.

SAMM bersetuju sekiranya OSA ini hanya terpakai untuk perkara-perkara membocorkan maklumat yang bersifat pengintipan dan risikan, membocorkan rahsia sehingga boleh membahayakan nyawa orang ramai dan, keselamatan dan pertahanan negara. Tetapi, OSA tidak boleh digunakan untuk melindungi jenayah korupsi. Tidak kira sama ada korupsi dan salah urus tadbir itu berlaku di peringkat Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri, Kerajaan Tempatan malahan dalam Parti Politik sekalipun, ia harus ditentang dan dilawan.

Seharusnya Peguam Negara meminda dan memperkemaskan lagi Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta SPRM 2009) bagi membasmi kegiatan korupsi dengan lebih tuntas agar kedudukan negara dalam Indeks Persepsi Rasuah tidak terus terperosok jauh ke bawah. Peguam Negara juga sepatutnya mengemukakan kepada Kabinet dan Parlimen, satu pindaan undang-undang yang melindungi pemberi maklumat sehingga tertangkapnya pelaku koruptor.

Jika Kerajaan Pemerintah tidak melakukan sebarang kesalahan atau korupsi, mengapa harus takut dengan pendedahan maklumat? Apa yang perlu disorokkan daripada pengetahuan umum? Peguam Negara juga seharusnya membentangkan kepada Kabinet Cadangan Rang Undang-Undang Kebebasan Maklumat supaya masyarakat dapat bersama-sama melakukan semak-dan-imbang dalam urustadbir Kerajaan.

Justeru itu, SAMM mengambil tanggungjawab penuh menyeru kepada semua pihak yang mempunyai rasa cintakan negara dan kebertanggungjawaban terutamanya Pegawai-Pegawai Kerajaan Persekutuan dan Negeri untuk menyalurkan maklumat korupsi yang berlaku kepada Sekretariat Bongkar SAMM, Pusat Gerakan Rakyat (PaGER) SAMM, No. 344 (Tingkat 1 & 2), Jalan Haruan 5/8, Oakland Commercial Centre, 70300 Seremban, Negeri Sembilan Darul Khusus atau melalui email di aduan.samm@gmail.com. Segala maklumat pengenalan diri akan dirahsiakan dan dilindungi.

Sekian,

Che’GuBard
Pengasas
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)

email : cheGuBard@gmail.com

posted from Bloggeroid

1 comment:

  1. Mengapakah kesalahan, salahlaku, pecah amanah, rasuah dan salah guna kuasa ahli politik yang berkuasa perlu dirahsiakan dan dilindungi? Adakah tindakan membiarkan ahli politik berterusan sabotaj ekonomi negara merupakan tindakan yang baik untuk rakyat dan negara ini?

    Adakah rakyat tidak berhak mengetahui jenayah-jenayah yang dilakukan di peringkat tinggi dan merugikan negara dan rakyat sedangkan rakyat adalah pembayar cukai sejak dari lahir lagi? Bukankah ini bererti rakyat yang membayar gaji PM dan menteri dan pegawai kanan kerajaan melalui pelbagai cukai yang dikenakan ke atas rakyat? Bukankan kesan penyelewengan juga akan menimpa rakyat dan negara?

    Sindiran: Kalau begitu buatlah juga undang-undang untuk melindungi penjenayah-penjenayah kecil supaya mereka juga selamat dari tindakan undang-undang!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.