VOTE ONLINE PASCA PRU13:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Like" di bawah.


COUNTDOWN JANGKA HAYAT UMNO BN

Google+ Followers

Blogger Kool

Monday, 19 October 2015

Komen: FASTAQIM BUKAN SEKADAR BERHIMPUN


Anonymous has left a new comment on your post "Apakah Himpunan 'Show Force' Mampu Ringankan Pende...": 

FASTAQIM BUKAN SEKADAR BERHIMPUN

Tak tahu apa masalah mereka, ada juga bunyi-bunyi sumbang mengatakan PAS dah tak ada kerja lain, asyik berhimpun sahaja. Lebih baik tumpu kerja untuk menang pilihanraya, atau bantu mangsa banjir, lebih berfaedah kata mereka.

Pertama, kami PAS adalah sebuah gerakan 'Islam'. Islam pula agama yang sarat dengan perhimpunan. Setiap hari di peringkat kelompok komuniti, disarankan berkumpul 5 kali sehari di masjid pada waktu solat. Seminggu sekali di peringkat mukim atau kampung, diwajibkan ke masjid pada solat Jumaat. Setahun sekali di peringkat antarabangsa, menjadi rukun Islam umat Islam berkumpul di Tanah Haram Mekah.

Maka jangan hairan kalau PAS sangat sinonim dengan perhimpunan, kerana roh Islam sangat kiat di dalam jemaah PAS.

Kedua, perhimpunan dari seluruh Malaysia akan memperkuatkan silaturrahim sesama ahli. Inilah masa kebanyakan ahli yang bergiat di peringkat cawangan atau kawasan berkenalan dengan saudara jemaah dari tempat lain. Dari pertemuan, jabat salam, bertanya khabar dan bermesraan akan membuahkan persaudaraan.

Persaudaraan adalah elemen ultra penting dalam sebuah organisasi apatah lagi dalam sebuah gerakan Islam. Kerana itulah baginda Nabi memulakan penubuhan negara Madinah dengan persaudaraan Aus-Khazraj Muhajirin-Ansar. 

Ketiga, perhimpunan akan membentuk sebuah kesatuan fikrah antara pucuk pimpinan hingga ke peringkat yang paling rendah. Ini berlaku dengan ucapan-ucapan pimpinan. Mereka akan menjelaskan segala macam isu dan kekusutan yang timbul dek mainan media dan musuh. Maklumat yang tepat dan first hand akan diterima semua sebagai bekal membentengi anasir buruk yang cuba menembus.

Maka hilanglah segala prasangka buruk. Keraguan bertukar keyakinan dan kebencian bertukar kasih sayang. Baginda SAW juga sering mengumpulkan para sahabat untuk berpidato sekiranya timbul sebarang isu di kalangan mereka. Ini sunnah yang tak wajar gerakan Islam pinggirkan

Keempat, perhimpunan akan membangkitkan semangat ahli untuk terus berjuang. PAS tidak menyediakan gaji. PAS tidak menjanjikan jawatan. Nak datang perhimpunan pun dengan duit belanja sendiri. Sampai di Stadium nanti ada pula tabung derma yang menanti. Tetapi dengan berhimpunnya orang-orang yang memiliki iman di hati, iman-iman itu akan bertaut lalu berbuahlah sebuah kemanisan iman. Kemanisan ini akan membuat ibadat jadi lazat, dakwah jadi indah dan jihad jadi kegemaran orang beriman.

Lebih-lebih lagi seandainya kita dapat mendengar laporan prestasi Islam tempat-tempat lain. Apabila ada yang melaporkan peningkatan Islam di Sabah Sarawak, keyakinan tambah kerusi Johor, jaminan tawan kerusi Melaka, keahlian bertambah begitu pesat, memang meremang bulu roma. Kami di tempat lain tambah semangat semakin ghairah untuk berlumba-luma meningkatkan prestasi atas dasar Fastabiqul Khairat.

Kelima, kehadiran kami khususnya di negeri Serambi Mekah untuk memberi semangat kepada orang Kelantan. Dewasa ini mula kedengaran riuh rendah media mengapikan kenyataan segelintir bekas pimpinan PAS menyerang pentadbiran Kelantan. Sebagaimana riuhnya perosak dalaman PAS hingga jatuhnya kerajaan Kedah, kini seolah mahu Kelantan pula jatuh.

60,000 kami mungkin tidak mampu mengganti seorang Tok Guru Nik Aziz, namun kami berusaha untuk menyatakan kami seluruh Malaysia sentiasa bersama kerajaan Islam Kelantan. Mereka yang cuba berniat buruk terhadap Kelantan bukan berhadapan dengan pimpinan PAS Kelantan sahaja, tapi dengan seluruh jentera PAS di Malaysia!

Keenam, kami berhimpun tidak bermakna kami tinggal segala kerja lain. Dalam masa yang sama, kami di pengkalan masing-masing meneruskan agenda politik, tarbiah dan dakwah. Contohnya di Terengganu, beberapa hari lepas saya baru sahaja selesai menguruskan retreat NGO-NGO Terengganu. Waktu yang sama Penerangan Negeri turut menganjur majlis Penerangan isu-isu semasa buat jentera PAS. Mesyuarat dan Usrah berjalan seperti biasa. Culaan dan daftar pemilih sentiasa berjalan. Ziarah dan mendekati masyarakat di lapangan sentiasa berlaku. Semalam baru sahaja wakil kita menziarahi balu bekas YB yang ditembak mati.

Itu hanya sebahagian yang saya tahu. Setiap cawangan, kawasan dan negeri ada peranannya, apatah lagi di peringkat pusat. Kalau saya nyatakan setiap gerakerja PAS, nescaya hanglah segala telefon pintar sebelum habis scroll semuanya.

Cukuplah beberapa jawapan ini dari saya untuk menjawab riuh rendah pengkritik. Siapa mahu tambah lagi, dipersilakan di ruangan komen. Siapa yang masih tidak berpuashati, sukacitanya anda dijemput untuk hadir melihat dan merasai sendiri apa yang kami selama ini 'rasa'!

(Alang Ibn Shukrimun) 

posted from Bloggeroid

3 comments:

  1. malu kalau benar seorg ulamak berckp bohong... harap2 itu adalah gosip liar..

    ReplyDelete
  2. Saja nak lawan prhimpunan BERSIH yg PAS boycot tu,kan ?

    ReplyDelete
  3. I really appreciate your professional approach. These are pieces of very useful information that will be of great use for me in future.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.