SEBARKAN KEPADA RAKYAT
Himpunan Kebangkitan Rakyat yang berlangsung lebih sebulan di seluruh negara sampai ke program kemuncaknya - dirancang diadakan di Stadium Merdeka, 12 Januari ini.
Pengarah himpunan, Mohamad Sabu berkata, lebih 25 badan bukan kerajaan (NGO) termasuk parti politik terlibat dalam penganjuran perhimpunan terbesar menjelang Pilihan Raya Umu ke-13 (PRU13) itu nanti.
"Semuanya bergabung berkumpul secara aman untuk menuntut pilihan raya adil dan demokrasi berjalan serta hak rakyat dapat ditunaikan oleh sesiapa terutamanya yang memerintah selepas Pilihan Raya Umum ke-13," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Beliau yang juga Timbalan Presiden Pas berkata, Himpunan Kebangkitan Rakyat ini akan bermula jam 2 petang dan bersurai pada 5 petang.
Mengulas lanjut lokasi himpunan kali ini, Mohamad berkata, sekretariat memilih Stadium Merdeka sebagai menyahut saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang pernah mencadangkannya ketika himpunan Bersih 2.0 lalu jika hendak berhimpun.
"Kita mohon Stadium Merdeka atas nama Datuk A.Samad Said.
"Kita tahu muatannya, kalau lebih, kita akan berada di sekitar stadium itu memenuhi bandar raya Kuala Lumpur," katanya.
Bagaimanapun katanya, sekiranya permohonan itu tidak diluluskan, mereka akan berhimpun di sekitar stadium bersejarah itu.
"Kalau tidak ada kebenaran (pemilik stadium), kita akan berkumpul di tengah antara stadium itu dengan jalan raya," katanya.
"Himpunan Kebangkitan Rakyat untuk menuntut antaranya menyokong tuntutan lapan perkara Bersih supaya pilihan raya adil dan saksama serta tuntutan yang lain seperti tuntutan royalti," katanya.
Selain itu, Mohamad mensyaratkan sesiapa yang ingin mengambil bahagian dalam perhimpunan itu, mereka hendaklah memakai baju daripada empat warna iaitu kuning, merah, hijau dan oren.
"Segala bentuk slogan dan sebagainya akan dibuat oleh pihak Sekretariat Pakatan Rakyat dan kita yakin penuh himpunan ini akan berlangsung dengan baik," katanya.
Ditanya sama ada perhimpunan kali ini melibatkan memorandum, beliau berkata, ia tidak melibatkan penyerahan memorandum, hanya berkumpul secara aman sahaja.
"Memorandum dah hantar dulu, hendak berkumpul dan mungkin ada ucapan-ucapan daripada pelbagai pihak sehingga bersurai jam 5 petang," katanya.
Dalam pada itu, beliau berharap pihak polis dapat memberikan kerjasama yang baik untuk menjaga keselamatan dan menjamin keamanan pada perhimupunan itu nanti.
Himpunan Kebangkitan Rakyat yang berlangsung sebulan lalu melibatkan beberapa negeri yang bermula di Seremban, Negeri Sembilan pada 3 November lalu.
Kemudian ia diikuti di Kota Bharu (14 November), Johor (1 Disember), Kedah (7 Disember), Melaka (8 Disember), Pahang (9 Disember), Terengganu (14 Disember), Pulau Pinang (15 Disember) dan Perak (16 Disember), Perlis (17 Disember).
Antara NGO yang terlibat dalam penganjuran himpunan gergasi itu ialah Royalti, Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), Himpunan Hijau, Muafakat, Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM); Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Gabungan Mahasiswa Islam Malaysia (Gamis), Gerakan Demokratik Mahasiswa (Denma); Jeritan Rakyat Tertindas (Jerit), 11) Gerakan Mansuh PPSMI dan Kempen Anti Saman Ekor (Kase).
Cara Mengahasut Orang Ramai ke Himpunan Kebangkitan Rakyat
1. Klik Sini: Poster
2. Klik Share
*Sila Klik Share Sekali Sehari Sehingga 12 Januari 2013
~Aku tak boleh pergi ke Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka, Kebetulan bertindih dengan jadual final exam aku.. Aku harap hangpa yang pergi nanti tolong la kongsi gambar kat aku..
Bila nak tunaikan janji pilihanraya Pakatan Rakyat yg belum tertunai lagi.. Dah nak masuk PRU yg baru ni still belum tunaikan.. Jangan asyik nak berdemons sahaja..
ReplyDeleteTunaikan dan tepati dahulu sebelum anda dikuburkan! terutama janji manis di Selangor.. :(