VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Saturday, 24 May 2014

Kemalangan Maut, Kereta Rempuh Superbike Ketika Membuat Pusingan U




KEMALANGAN melibatkan sebuah motorsikal berkuasa tinggi dan kereta di jalan menghala Batu 2 1/2 Binjai dari Bandar Chukai Kemaman.

Menurut sumber,kejadian berlaku apabila kereta yang datang dari arah bertentangan membuat pusingan U secara tiba-tiba dan penunggang motorsikal gagal mengelak lalu merempuh kereta tersebut.

Penunggang tersebut baru disahkan meninggal dunia sebentar tadi.

Susulan kemalangan bigbike di Kemaman.Mangsa yg meninggal tu ride Repsol Rabbit dan yg bawa Z800 masih di hospital Kemaman akibat kecederaan parah.

Calon Bebas PRK Bukit Gelugor Tarik Diri Kecewa Dengan SPR


'Aku kecewa, tiada harapan kalahkan DAP' Radzi Razak | 7:58PM Mei 24 2014 Kurang 24 sebelum pengundian pagi esok, calon bebas paling banyak gimik dalam pilihan raya kecil (PRK) Bukit Gelugor Abu Backer Sidek Mohamad Zan hari ini mengisytiharkan telah 'menang'.

Beliau malah meninggalkan Bukit Gelugor malam ini bersama penyokong-penyokongnya untuk ke pusat peranginan Langkawi, Kedah.

Menurut beliau calon bebas telah menjadi mangsa kerana tiada harapan menewaskan DAP di tempat yang tidak ditandingi BN.

"Aku tarik diri dan tidak bertanding kerana kecewa dengan sistem pilihan raya negara ini," katanya di hadapan seorang lagi calon bebas Mohamed Nabi Bux Mohd Abdul Sathar di padang kampung Melayu Air Itam sebentar tadi.

Menurut Backer, sumber 'tertinggi' memberitahu beliau bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sengaja memberi laluan mudah kepada DAP bagi membalas jasa mereka yang memberi laluan kepadanya di Pekan pada 1976.

Beliau turut mempertikaikan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang didakwa bertindak sambil lewa dan tidak membuka pejabat untuknya menghantar nama ejen pengundian dan pengiraan hari ini.

"Masa Najib bertanding di Pekan selepas kematian bapanya, semua parti bagi 'walkover' sekarang ini Najib nak balas jasa Karpal yang juga pemimpin besar," kata beliau.

"Sebab BN tak bertanding mereka (SPR) tak peduli," kata beliau.

Bagaimanapun Backer tetap ceria dan membuat majlis makan malam dan solat maghrib untuk penyokong dan pengunjungnya.

"Saya tak ada esok. Semua penyokong saya akan ikut saya ke Langkawi," kata beliau

Oh! Malaysiaku, Bertahun-tahun Makan Babi (Cabbury Dairy Milk)






Mohon NGO-NGO ke depan dalam isu..Kalau boleh sampai tahap saman syarikat tersebut kerana menipu umat Islam... Maaflah kepada kawan-kawan Non Muslim yang membaca

Luluh Hati Mengenangkan Nasib Anak Yatim Yang Baru Kehilangan Ibu Bapa Dalam Kejadian Kemalangan Pagi Tadi


Acp Sh Hawariah: Ibu dan bapa 5 anak ini maut dlm kemalangan di Jln Chan Sow Lin, 8 pagi tadi
[23/05 16:29] Acp Sh Hawariah: Report : 42431/14

Butir-butir simati:
(1) Jefri bin mohd zain.
Melayu
Lelaki
50 tahun.
(2) Norsalawati Binti Ibrahim
Perempuan
Melayu
40 tahun
M/sikal no: WDW7037 jenis honda ex5.
Ringkasan kes.
Kemalangan berlaku pada 23/5/2014@0800hrs dari arah Cheras menghala susur jalan Chan Sow Lin melibatkan 1 motosikal dan 1 lori nomber tidak pasti dipercayai m/sikal terbabit trjatuh akibat hilang keseimbangan lalu terjatuh dan dilanggar oleh 1 m/lori. Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.waris telah dimaklumkan.
Tindakan awal:
1. Mengesan lokasi m/lori
2. Saksi bebas tampil dan rakaman prcakapan akan diambil.
3. Tiada CCTV di tmpt berhampiran.
4. Mangsa dihantar ke HKL utk dibedah siasat.
Kes disiasat dibawah Sek 41 APJ 1987. disiasat oleh Insp Idzam

Info tambahan berkaitan suami isteri yg meninggal krn kemalangan pagi tadi:
1. Anak2 mrk seramai 5 org dr 2 hingga 15 thn
2. Arwah ajk surau yg aktif
3. Kedua2 mangsa org susah dan bekerja di kilang percetakan
4. J.kuasa di surau tmn desa cheras ditubuhkan utk membela anak2 ini dan sedang mengumpulkan wang sebanyak RM15k setahun utk 5 tahun bagi perbelanjaan sekolah anak2 arwah dan keperluan harian
6. Sehingga kini pemandu lori yg melanggar belum ditahan

Friday, 23 May 2014

Pandangan Nik Aziz Tentang PRK Teluk Intan


Teluk Intan : Pandangan Saya

1. Pagi ini saya sekali lagi berhalangan untuk menyampaikan kuliah di Medan Ilmu. Hasrat saya untuk mengulas tentang PRK Teluk Intan di sana, namun kesihatan yang tidak mengizinkan menyebabkan saya terpaksa meminta ia digantikan dengan pengkuliah yang lain.

2. Berhubung pilihanraya kecil Teluk Intan, ramai yang bertanya pendirian saya berhubung isu hudud setelah calon DAP dikatakan membuat kenyataan menolak hudud. Saya tegaskan bahawa hudud merupakan satu kewajipan. Mana-mana orang Islam wajib menerima hukum ini sebagaimana mereka menerima kewajipan bersolat dan berpuasa. PAS tidak pernah lari dari kewajipan ini bahkan konsisten mempertahankannya semenjak daripada hari ia ditubuhkan lagi.

3. Di Teluk Intan, kerusi tersebut ialah kerusi DAP yang merupakan rakan tahaluf siyasi PAS. Bersama-sama DAP dan juga PKR, PAS telah bekerjasama membentuk Pakatan Rakyat dan sama-sama memperjuangkan keadilan dan membanteras rasuah. Sehingga hari ini DAP belum pernah menzalimi PAS sebagaimana yang dilakukan UMNO sebelum ini.

4. Justeru, apabila calon DAP dikatakan menolak hudud, ia tidak mengejutkan kerana itulah perbezaan PAS dengan DAP. Dalam hal ini, PAS sewajibnya berusaha lebih gigih memberikan kefahaman kepada DAP agar kebaikan dan keindahan hukum Islam ini dapat difahami dan diterima. Sebab itu, saya sentiasa menaruh harapan agar satu hari nanti DAP menerima hasrat PAS ini hasil dakwah berterusan yang tidak henti-henti.

5. Usia Pakatan Rakyat baru sahaja lima tahun. Dalam masa lima tahun, adalah satu perkara yang logik jika DAP masih belum memahami hasrat PAS dalam isu ini. Pihak yang patut malu ialah UMNO yang telah setengah abad bersahabat dengan parti-parti komponen bukan Melayu dalam Barisan Nasional, namun hingga sekarang masih gagal memberikan kefahaman tentang Islam. Bahkan ada ahli Parlimen UMNO sendiri secara terang-terangan mengeluarkan kenyataan untuk mengundi menolak hudud di Parlimen nanti.

6. Saya kira UMNO perlu menilik wajah di cermin sebelum mentohmah PAS kononnya menggadaikan prinsip. Jerawat, kurap dan panau di badan sendiri masih bertompok merata tiba-tiba jari lurus menuding kononnya orang lain itulah pesakit kusta! Sedarkah UMNO bahawa parti Gerakan itulah yang menjanjikan rantai manusia bagi menghalang hudud dibentang?

7. Saya ingatkan sekali lagi, elakkanlah menjadikan isu hudud sebagai bahan kempen di Teluk Intan. Dalam pertarungan DAP dan Gerakan ini, tiada untungnya isu ini ditimbulkan. Pada saya, harapan saya tetap ingin melihat Pakatan Rakyat menang di Teluk Intan dan hudud akhirnya berjaya dilaksanakan!

Salam hormat.

HAJI NIK ABDUL AZIZ NIK MAT,
Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu.

Bertarikh : 23 Rajab 1435H

Cikgu Cedera Ditumbuk Murid Kerana Melarang Meraka Buat Bising Didalam Surau




Seorang Cikgu di sebuah sekolah di Kota Kulai cedera ditumbuk oleh anak murid tingkatan 2 sekolah berkenaan.

Difahamkan cikgu tersebut menegur murid itu membuat bising dalam surau..

Thursday, 22 May 2014

Bongkar! Anak Ketua Polis Negeri Berstatus Pengangur Bermewah-mewahan


Hampir setahun selepas ditembak, pengerusi NGO pemantau jenayah MyWatch R Sri Sanjeevan hari ini tampil dengan dakwaan rasuah dalam pasukan polis.

Ahli PKR itu mempersoal kekayaan luar biasa anak lelaki seorang ketua polis negeri.

Dakwanya, penganggur berusia 30 tahun itu membeli dua kerewa mewah tahun lalu – Jaguar dan Audi A5 – yang kedua-duanya bernilai RM1.1 juta.

Akaun banknya juga, dakwa Sanjeevan, mempunyai transaksi bernilai RM500,000 dalam tempoh enam bulan sehingg April lalu.

“Kebetulannya di sini ialah dia mempunyai kaitan dengan syarikat senjata api. Syarikat senjata apa itu pula di negeri yang sama dengan di mana bapanya menjadi ketua polis,” katanya kepada pemberita di sebuah restoren di Kuala Lumpur.

Malaysiakini tidak menyiarkan nama ketua polis negeri tersebut sementara menunggu komen rasminya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.