VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Sunday 21 October 2018

ANTARA TEKSI DAN GRAB, SAYA MEMILIH GRAB



1. Bila pemandu teksi mengadakan protes membantah perkhidmatan Grab, ada yang menyalahkan kerajaan PH yang mengabaikan kepentingan orang Melayu. Kata mereka, ini kerana 90% pemandu teksi adalah orang Melayu, dan 90% towkay Grab adalah bukan Melayu.

2. Kata mereka lagi, inilah kesilapan Melayu dalam pilihan raya yang lalu. Percaya kepada kempen palsu PH. Sekarang tengok apa jadi pada orang Melayu: Menteri Pengangkutan Cina, dan di parlimen pula, ahli parlimen Melayu dari Semenanjung cuma 59 berbanding dengan bukan Melayu 66. Dengan bilangan ahli parlimen Melayu ini, jika mengundi di parlimen dalam soal Grab ini, bila Melayu mahu menang?

3. Mengapa perlu jadikan isu teksi vs Grab ini sebagai isu Melayu vs bukan Melayu? Ini bukan isu etnik tetapi isu perkhidmatan dan ragam pemandu teksi itu sendiri. Saya sendiri jika diberi pilihan memilih perkhidmatan Grab daripada teksi.

4. Sekarang peranan kerajaan ialah untuk memastikan persaingan sihat antara teksi dan Grab, bukannya untuk menidakkan perkhidmatan Grab. Kerajaan perlu menggubal polisi untuk menjaga nasib pemandu teksi dan Grab daripada dimonopli oleh syarikat yang hanya mementingkan keuntungan. In Shaa Allah dengan cara ini, nasib pemandu teksi dan Grab terbela.

~Prof Agus

Kenapa Teksi tidak mahu daftar sebagai Teksi Grab?

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.