Bekas Perdana Menteri,Tun Dr MahathirMohamad akhirnya mengaku berada dalam negara ketika peristiwa berdarah Memali yang berlaku pada 19 November 1985.
“Kejadian peristiwa Memali berlaku pada 19 November 1985,sehari sebelum saya terbang,”tulis Dr Mahathir dalam blognya,hari ini.
Namun,Dr Mahathir cuba meletakkan kesalahan ini kepada bekas Timbalannya,Tun Musa Hitam dengan menulis, “Tun Musa telah akui beliau bertanggungjawab.
Baru-baru ini,Musa mendedahkan di Kota Bharu, Dr Mahathirberada di Kuala Lumpurketika peristiwa Memali berlaku.
Selepas itu, Musa juga membuat kenyataan bertulis mempertahankan kenyataan itu dengan berkata,dia bersama Pemangku Ketua Polis Negara ketika itu memberi taklimat kepada Dr Mahathirpada hari kejadian.
Musa menegaskan dalam kenyataan itu,dia bukan pemangku perdana menteri ketika itu kerana Dr Mahathir masih berada dalam negara.
Ia bertentangan sekali dengan catatan sejarah yang dibuat pelbagai pihaktermasuk ensiklopedia bebas,Wikipedia, yang merekodkan Dr Mahathir berada di China ketika kejadian itu berlaku.
Peristiwa Memali berlaku apabila polis cuba menahan Ibrahim Libya di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana didakwa mengamalkan ajaran sesat.
Polis kemudiannya merempuh perumahan Ibrahim dan pengikutnya dengan kereta perisai mengakibatkan 14 penduduk kampung terbunuh.
Musa dipersalahkan atas peristiwa itu dan Dr Mahathir selaku perdana menteri terlepas kerana dia diberitakan berada di China.
Pendedahan Musa memberikan satu episod baru dalam peristiwa hitam ini.
Pas menyifatkan semua yang terbunuh sebagai mati syahid manakala Sultan Kedah Tuanku Abdul Halim menziarahi kubur Ibrahim dan pengikutnya serta menyiramkan air mawar di atas pusara mereka.
Ekoran pendedahan Musa,PAS dan DAP mencadangkan Suruhanjaya Diraja dibentuk bagi menyiasat semula kejadian ini.
Alhamdulillah, masih belum lupa.
ReplyDelete