VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Wednesday, 9 April 2014

Wan Azizah Jelas Satu Persatu Keluhan Hati Yang Selami Ini Dipendam Kepada ADUN BN


Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kajang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mempertikaikan tindakan pembangkang Barisan Nasional (BN) yang sering menimbulkan isu mengenai Penasihat Ekonomi Selangor Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam DUN Selangor.

Pertama kali diberi giliran untuk berucap, Wan Azizah bersikap defensif dan memberikan satu persatu hujah dan penjelasan tentang perkara yang terjadi kepada suaminya.

"Saya kurang faham obsesi (BN)...daripada dulu hingga sekarang dengan Anwar Ibrahim," katanya ketika membahaskan ucapan Titah Diraja Sultan Selangor hari ini.

Mengulas mengenai integriti sistem kehakiman mengendalikan kes Liwat II, Presiden PKR itu mempertikaikan cara panel hakim Mahkamah Rayuan mengendalikan kes.

16 tahun lamanya dicerca dan diaibkan di televisyen, beliau berkata hidupnya berubah dalam sejam ketika hakim menjatuhkan hukuman terhadap Anwar.

"Kalau didakwa suka sama suka kenapa budak (Saiful Bukhari Azlan) itu tidak dihukum? Itu adalah fitnah.

"Mana fekahnya wajib bersumpah dalam masjid kalau sistem kehakiman syariah sendiri tidak difahami?

"Jadi janganlah sewenangnya cakap," katanya.

Beberapa Adun BN kemudiannya bangkit cuba mencelah tetapi tidak dibenarkan Timbalan Speaker Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad kerana tidak mendapat kebenaran Wan Azizah.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.