VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Tuesday 8 April 2014

Baru Satu Hari Jadi Adun Kajang Wan Azizah Kena Serang Bertubi-tubi Daripada Barisan Pembangkang


Baru sehari menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor, Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mula menerima “serangan” daripada barisan pembangkang Barisan Nasional (BN) dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor hari ini apabila menimbulkan isu moral suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dengan kes Liwat II dan Langkah Kajang.

Adun BN sejak awal mempersoalkan Pakatan Rakyat yang tidak mengiktiraf integriti institusi kehakiman apabila enggan menerima keputusan kes Liwat II, namun menyifatkan mahkamah sebagai adil apabila menolak pendengaran saman golongan ibu tunggal yang difailkan terhadap kerajaan Selangor.

Pencaturan Langkah Kajang juga turut diperlekehkan Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Shamsudin Lias yang mendakwa Anwar tidak layak memimpin negeri.

1 comment:

  1. Siapakah Pemimpin BN di Malaysia apatah lagi di Selangor yg mempunyai semangant sekental wanita ini. Kesemua pemimpin UMNO hanyalah pak turut dan tolol belaka. Komen yg diberikan setaraf budak sekolah sahaja.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.