Belumpun reda isu rampasan tudung tiruan Fareeda yang mendapat kecaman hebat di laman sosial, kini ia dihangatkan lagi dengan kenyataan pengarah urusannya yang dianggap angkuh dan menghina golongan berpendapatan rendah.
Pengguna laman sosial mempersoalkan harga tudung-tudung keluaran Fareeda yang dianggap mahal dan sukar untuk dibeli.
Seorang peminat tudung Fareeda, Nurkamisah Sharil memuat naik satu komen di Facebook yang mencadangkan agar pihak pengurusan jenama berkenaan menghasilkan tudung lebih murah.
Bagaimanapun cadangannya itu dibidas oleh Pengarah Urusan Fareeda Global Resources Sdn Bhd, Mawar Abdul Karim dengan berkata, ‘kalau mahu berfesyen, kena tengok pada kemampuan diri’.
Kenyataannya itu mendapat komen negatif daripada pengguna laman sosial yang menganggap Mawar tidak sensitif terhadap golongan berpendapatan rendah.
“Mawar ni memang angkuh. Cuba letak diri anda di tempat orang yang berpendapatan rendah, baru awak rasa. Dahla tudung singkat, mahal pula itu. Memang patut diciplak kerana yang tidak original lebih labuh dan selesa,” (sic) komen salah seorang pengguna Facebook, Aina Fatimah Zaharah yang turut berkongsi kenyataan Mawar di laman sosial.
Namun, terdapat sesetengah pihak yang tidak berpuas hati dengan tindakan yang dilaksanakan kerana berpendapat bahawa produk original keluaran syarikat tersebut agak mahal dan golongan berpendapatan rendah hanya mampu membeli produk tiruan.
ayuh boikot !!
ReplyDeleteThis Is What U Really Want !! >>> CLICK HERE !!
Boikot jgn x boikot..lansung x ada ciri2 utk membawa atau menjadikan wanita dimalaysia muslimah sejati..terbonjol2 mcm unta belakang kepala...kalau nak cantik allah tetap kasi cantik walau apa pun yg kita pakai..janji hati cantik bersih..
DeleteHaha jual tdung kontot..bgang apa mawar ni..ustazah dia ngaja x abeh dgr la 2
ReplyDeleteTak payah beli la tudung mahal macam ni.... tempat dan jenama lain banyak lagi yg berkualiti dan murah..
ReplyDeletemaaf.. tapi bukan tu fan page ke? Bukan fareeda yang tulis kan?
ReplyDelete