Waktu rehat dari keletihan yang diharungi dalam usaha menyelamatkan negara ini melalui pilihanraya umum ke13 pada tanggal 5 Mei tahun lalu telah sampai ke penghujungnya. Kini sudah tiba masanya Rakyat Malaysia bersedia untuk aksi lebih besar.
Belum pun masuk setahun kemenangan Barisan Nasional dengan penuh penipuan pada PRU13, mereka telah menunjukkan taring dengan menghukum bukan sahaja pemimpin politik lawannya, malah rakyat jelata turut menjadi mangsa kezaliman. Satu persatu pemimpin dan pejuang rakyat dalam rangka disumbat ke penjara, dalam masa sama juga satu persatu janji 'rakyat didahulukan' dicemari tanpa ehsan.
Justeru itu, ayuh kita tamatkan segera onar penderitaan rakyat dengan bersama melancarkan satu fasa gagasan perjuangan yang diperbaharui -#RakyatBangkit REFORMASI 2.0 "Kembalikan Keadilan - Hentikan Kezaliman".
Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) sebagai tuan rumah aksi kali ini menyeru kehadiran orang ramai pada 21 Mac 2014 jam 8.30 malam di Stadium Kajang dalam aksi Pelancaran Jelajah #RakyatBangkit REFORMASI 2.0. Ia sebuah himpunan permulaan, hadirlah dengan tema hitam sebagai lambang perlawanan, ini masanya rakyat menunjuk kekuatan.
SAMM menggesa semua pihak bersatu, kerana rakyat yang bersatu tidak dapat dikalahkan oleh mana-mana regim sekalipun. SAMM menjemput semua pihak bersama menjayakan hari besar titik mula perlawanan baru ini.
Siri himpunan #RakyatBangkit REFORMASI 2.0 akan menjelajah ke seluruh negara sebelum hari kemuncaknya - bersama himpunan gergasi 1 May di medan jalanraya.
che'GuBard
Pengasas Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM)
Kehadiran awal di sebelah petang amatlah digalakkan bagi memeriahkan program sebelumnya iaitu "Bersama Srikandi Masa Depan Negara" yang bermula jam 5 petang. turut bersama dalam prog 5 petang ialah YB Nurul Izzah | YB Rodziah Ismail | YB Kashturi Pato | YB Elizabeth Wong | Aishah | Aiman Athirah | Cikgu Mala | YB Fuziah Salleh | YB Dr Siti Mariah | YB Hannah Yeoh |
No comments:
Post a Comment