Pemburuan gelaran juara Kejuaraan Cub Prix AAM Malaysia PETRONAS 2014 kini bermula apabila pusingan pertama daripada 10 pusingan keseluruhan akan membuka tirai di Stadium Batu Kawan, Pulau Pinang pada 5 dan 6 April ini.
Saingan musim ini dijangka bertambah hangat dengan pengumuman Ahmad Fuad Baharudin, juara tiga kali kelas perdana yang tidak lagi bertanding pada musim ini di samping perubahan kelas juara CP115, Ahmad Afif Amran yang akan beraksi pada kelas perdana CP130.
Selain itu, beberapa pencabar utama turut berubah hala di mana Mohd Zamri Baba kini bersama pasukan SCK Racing dan Mohd Affendi Rosli pula beralih ke pasukan PETRONAS YamahaCKJ.
Selain itu, dengan semakin ramai pelumba muda kini mula melangkah ke perlumbaan antarabangsa, kekosongan tersebut bakal diisi oleh pelumba-pelumba generasi baharu yang tidak sabar untuk memulakan karier mereka di dalam perlumbaan profesional melalui saingan kelas satu pengeluar Honda dan Yamaha.
Pada sesi pelancaran di Kuala Lumpur baru-baru ini, kejuaraan turut mengumumkan berita baik di mana peminat-peminat dapat menyaksikan siaran langsung melalui dua saluran televisyen iaitu RTM dan Astro Arena 801.
Seperti kebiasaan, kejuaraan tidak hanya tertumpu kepada acara di litar, sebaliknya turut menyediakan aktiviti sesuai untuk semua termasuk seisi keluarga melalui jualan dan pameran-pameran menarik yang berlangsung di sekitar tapak promosi kejuaraan.
Saingan di Pulau Pinang menyaksikan tiga kategori utama dipertandingkan iaitu CP130, CP115 dan WIRA diikuti dua perlumbaan satu pengeluar Honda dan Yamaha serta perlumbaan yang baru diperkenalkan Piala Pro-Am bagi menggantikan kategori Persendirian sebelum ini.
Sesi Latihan Bebas akan berlangsung pada hari Sabtu (5 April) diikuti pusingan kelayakan pada hari Ahad (6 April) siikuti perlumbaan akhir yang bermula tengah hari.
For more info please contact Safe Aim Mutual Sdn Bhd (SAM) at 03-8733 8787 or log on to the PETRONAS AAM Malaysian Cub Prix Championship official website, w[ww.malaysiancubprix.com]
No comments:
Post a Comment