VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Sunday 9 February 2014

Kisah Balai Polis Bukit Tengah di Letupkan






KM lawat Balai Polis Bkt. Tengah dengar respons kes balingan bahan letupan

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng petang tadi melawat Balai Polis Bukit Tengah bagi mendapatkan maklum balas lanjut berhubung insiden balingan bahan letupan di sini.

"Kita (Kerajaan Negeri) tentulah akan memberi sokongan sepenuhnya kepada pihak polis untuk menyiasat kerana insiden seumpama ini pertama kali berlaku di negeri ini," ujar Guan Eng kepada media.

Guan Eng yang juga Pengerusi Majlis Keselamatan Negeri sebelum itu mengadakan pertemuan dengan Timbalan Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Negeri, ACP Nasir Salleh dan ACP Azman Abd. Lah (Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah).

Hadir sama, Exco Kebajikan & Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar, Phee Boon Poh, Lim Hock Seng (Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Utiliti), Ng Wei Aik (Setiausaha Politik bagi Ketua Menteri), P. Kasthuriraani (Ahli Parlimen Batu Kawan) dan Ong Chin Wen (Ahli Dewan Undangan Negeri).

Bercakap pada sidang media yang sama, Nasir Salleh berkata, pihaknya masih belum mempunyai sebarang petunjuk berhubung kes terbaru itu.

Bagaimanapun, katanya, pihak polis akan meneruskan siasatan serta menggandakan kawalan keselamatan di kawasan-kawasan berwajib demi mengekalkan ketenteraman di negeri ini.

"Kita berharap orang awam tampil jika ada maklumat kerana kita tidak boleh menahan mana-mana pihak tanpa sebab.

"Ini kes jenayah terpencil...tiada kaitan dengan (balingan bahan letupan buat sendiri) 'molotov cocktail' di gereja (dekat Jalan Farquhar, George Town) sebelum ini," jelas Nasir Salleh kepada media.

Semalam, beberapa suspek tidak dikenali sekitar jam 4.20 pagi membaling bahan letupan jenis mercun ke perkarangan Balai Polis Bukit Tengah.

Bagaimanapun, empat anggota polis yang bertugas tidak tercedera dek perbuatan tidak bertanggungjawab tersebut.

~Pakaq

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.