VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Thursday 13 February 2014

Indah Water Konsortium Punca Sungai Pinang Tercemar?


ADUN dedah Sg. Pinang pula tercemar, IWK terlibat?

Belumpun reda isu kebocoran saluran air kumbahan Indah Water Konsortium Sdn. bhd. (IWK) yang didakwa sebagai punca utama Sungai Batu Feringghi itu tercemar teruk, didedah pula kes serupa di Sungai Pinang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pinang, Lim Siew Khim semasa melawat lokasi kejadian melahirkan rasa terkejut serta mendesak pihak yang tidak bertanggungjawab terbabit segera diheret ke muka pengadilan.

"Jika terdapat sebarang kemungkinan pencemaran ini diakibatkan oleh mana-mana pihak, agensi berwajib haruslah membawa mereka ini ke muka pengadilan," tegas wakil rakyat tersebut kepada wartawan.

Siew Khim berkata, satu kajian menyeluruh perlu dilakukan mengenai isu ini sepertimana kes di Batu Feringghi, dan hasil kajian sepatutnya diumumkan kepada awam.

Terdahulu, paip kumbahan IWK di Sungai Batu Feringghi didedah bocor serta melepaskan air kotor ke sungai berkenaan.

Wakil IWK bagaimanapun menafikan bahawa pihaknya sebagai punca utama pencemaran bakteria E-Coli ke dalam air sungai tersebut, seperti didakwa Ketua Menteri Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng kepada media, sebelum itu.

Tuntas itu, Guan Eng menyeru Putrajaya melalui Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) serta IWK sebagai syarikat berkaitan Kerajaan Pusat supaya segera memulihara semula air semulajadi sungai terbabit berdasarkan tanggungjawab dalam Senarai Persekutuan, Perlembagaan.

Pakaq

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.