VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Saturday 4 January 2014

Hanya di Malaysia SPRM Siasat Pembelian Yang Menjimatkan

Kenyataan Media Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di Komtar, George Town Pada 4.1.2014.



Hanya di Malaysia Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan rasa harus menyiasat mengapa sebuah kereta boleh dibeli dengan diskaun 55% yang menjimatkan wang rakyat tetapi tidaknya apabila membeli melebihi harga pasaran dan membazirkan wang rakyat.

Saya mengalu-alukan sebarang siasatan yang dicadangkan oleh SPRM seperti yang dilaporkan oleh portal berita Fz.com atas pembelian Mercedes-Benz S300L oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk kegunaan rasmi saya. Sama ada SPRM akhirnya akan menyiasat atau tidak, kerjasama sepenuhnya akan diberikan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang dan saya kepada SPRM kerana kerajaan negeri adalah bersih dan saya tidak mempunyai apa-apa untuk disembunyikan.

Saya tidak akan mempersoalkan SPRM mengapa tiada siasatan dijalankan ke atas kerajaan BN yang membuat pembelian yang serupa tanpa diskaun 55%. Saya pasti SPRM akan mendapati bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang adalah "bersih" kerana urus niaga keseluruhan bagi pembelian Mercedes Benz telah dikendalikan oleh Pegawai Kewangan Negeri Dato Mokhtar Mohd Jait, yang telah mematuhi semua prosedur dan undang-undang dan mempunyai dokumen yang sah.

Saya telah mengkritik pembelian 14 buah Mercedes E200 dengan harga RM 245,000 seunit yang dibeli oleh kerajaan negeri Terengganu pada tahun 2008 dengan kos keseluruhan RM 3.43 juta kerana tidak berpadanan dengan harganya atau tiada ‘value for money’. Mereka tidak mendapat diskaun 55% untuk 14 buah kereta Mercedes, tidak seperti diskaun 55% yang diperolehi oleh kerajaan negeri Pulau Pinang apabila membeli sebuah kereta Mercedes Benz.

Hanya di Malaysia akan disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana membeli kereta dengan diskaun 55% dan menjimatkan wang rakyat tetapi SPRM jelas tidak berminat untuk menjalankan sebarang siasatan apabila ada pembelian melebihi harga pasaran dan membazirkan wang rakyat. Kerajaan negeri telah membeli Mercedes Benz S300L pada harga RM298, 263,75, dengan diskaun sebanyak 55% atau RM358, 954,25 ekoran diskaun dan pengecualian cukai berbading dengan harga asal RM657, 218.00.

Saya tidak akan terkejut SPRM ingin menyiasat kerajaan negeri kerana menjimatkan wang berjumlah RM 358,954.25 tetapi membiarkan mereka yang membeli berkali ganda daripada harga pasaran sebagaimana yang didedahkan dalam Laporan tahunan Ketua Audit Negara. Laporan Ketua Audit Negara 2012 menyatakan wujud pembaziran dan salahlaku yang berjumlah RM6.5 bilion termasuk:

· Peralatan pasukan polis yang bernilai RM1.3 juta hilang termasuk 156 buah gari, 44 pucuk senjata, dan 29 buah kenderaan.

· Jabatan Penyiaran membeli 20 jam dinding pada harga RM 3,810, iaitu 38 kali ganda lebih mahal daripada anggaran harga pasaran, RM100, dan tiga mesin pengimbas A4 pada harga RM14,670 setiap satu unit, lebih 70 kali ganda daripada anggaran harga pasaran, RM200;

· Jabatan Kastam telah menghapuskan kasut yang bernilai RM600,000 yang dibeli kerana tidak sesuai dengan pegawai mereka;

· Bangunan haram Kompleks Kastam dan Kuarantin Imigresen kerajaan negeri Melaka yang dibina atas tanah swasta, yang akhirnya melibatkan kos tambahan RM10.8 juta untuk memberi pampasan kepada pemilik tanah, ditambah lagi kos tambahan lagi RM40 juta pada kos bangunan yang telah melonjak kerana kelewatan;

· Kementerian Belia membelanjakan RM3 juta secara mewah untuk sambutan Hari Belia Kebangsaan, termasuk RM1.6 juta untuk membawa kumpulan K-Pop dari Korea;

· Kos tambahan RM1.3 bilion ke atas projek Empangan Bakun yang bernilai USD 2.3 bilon dan membayar USD 133 juta (RM430 juta) sebagai ganti rugi kepada dua kontraktor asing bagi kerugian yang ditanggung akibat kelewatan sehingga empat tahun dalam kerja-kerja kejuruteraan awam.

Tiada tindakan yang diambil oleh SPRM untuk pembaziran wang rakyat yang melibatkan kerajaan BN tetapi pendekatan yang berbeza diambil apabila wang rakyat dijimatkan oleh kerajaan PR. Ini benar-benar Malaysia Boleh!



LIM GUAN ENG

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.