VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Tuesday 31 December 2013

Mesej Mahasiswa Untuk Kerajaan

Kenyataan timbalan menteri hina intelektual mahasiswa – Muhammad Najib Abdurrahim


DECEMBER 30, 2013
Saya tertarik untuk memberikan reaksi berhubung kenyataan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim berkenaan perhimpunan yang akan diadakan pada 31 Disember ini.

Di dalam laporan tersebut, Datuk Razali dilaporkan bahawa sekiranya mahasiswa bijak, mereka tidak akan memilih untuk menurunkan kerajaan melalui perhimpunan ini, bahkan akan memilih jalan pilihan raya yang akan dilakukan di dalam tempoh setiap lima tahun.

Saya kira, sudah cukuplah para menteri mengeluarkan kenyataan yang menghina nilai intelektual dan daya berfikir rakyat, kerana setiap kenyataan yang keluar daripada mulut menteri-menteri ini langsung tidak menggambarkan mereka itu layak memangku jawatan mereka sekarang. Adakah sememangnya menteri-menteri daripada kerajaan hanya menjadikan RTM, TV3 dan Utusan serta media-media yang dikawal oleh mereka sebagai bahan bacaan harian mereka?


Untuk pengetahuan Datuk [sekiranya Datuk benar-benar tertinggal di dalam isu ini], perhimpunan yang bakal dianjurkan oleh Gerakan Turun Kos Sara Hidup [Turun] pada 31 Disember ini adalah bertujuan mengumpulkan rakyat daripada pelbagai latar belakang ekonomi yang merentas fahaman politik, yang rasa tertekan dengan kenaikan kos sara hidup pada masa kini.

Saya kira, Datuk perlu lebih terbuka di dalam membaca berita-berita dari media alternatif, memandangkan segala dakwaan yang dicanang-canangkan oleh Datuk dan rakan-rakan Datuk telah pun dijawab satu persatu oleh pihak penganjur.

Saya melihat ia seakan telah menjadi suatu “trend” bagi menteri untuk merendah-rendahkan nilai daya fikir mahasiswa apabila kami dilihat tidak bersama dengan kerajaan di dalam satu-satu isu bahkan dituduh sebagai dipergunakan oleh pihak-pihak yang berkepentingan ataupun pihak pembangkang.

Ingin saya tegaskan kepada pihak Datuk bahawa, keterlibatan mahasiswa di dalam perhimpunan yang akan datang ini adalah bagi menunaikan hak demokrasi kami seperti yang telah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Mahasiswa juga ingin menghantar mesej kepada pihak kerajaan bahawa sebagai sebahagian daripada gerakan masyarakat sivil, mahasiswa sedang memerhati dengan serius setiap gerak geri kerajaan. Mahasiswa ingin menurunkan kerajaan? Ya! Kami bersedia dan tidak sabar untuk menantikan detik itu pada PRU14 nanti! – 30 Disember, 2013.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.