VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Sunday 29 December 2013

Sebelum dan Selepas Pilihan Raya Umum Apa Nasib Kita?

SEBELUM PILIHANRAYA


KUALA LANGAT 27 Feb 2013 - Manifesto pakatan pembangkang boleh menyebabkan kerajaan menjadi muflis kerana pelaksanaannya melibatkan perbelanjaan yang sangat banyak, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. 

Beliau berkata, sebuah kerajaan perlu mempunyai wang untuk mentadbir negara, dan manifesto pembangkang itu dilihat akan mengurangkan pendapatan kerajaan. 

"Manifesto ini dibuat oleh pihak yang tidak pernah menjadi kerajaan. Dia tidak tahu kerajaan perlu ada wang, tidak boleh belanja sahaja, dan jika kita lihat manifesto mereka ialah nak kurangkan pendapatan kerajaan dengan kurangkan cukai, tol dan sebagainya," katanya pada sidang akhbar selepas pelancaran kapal latihan kedua Tentera Laut Diraja Malaysia 'Teguh Samudera' oleh isteri beliau, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali, di limbungan NGV Tech Sdn Bhd di Sijangkang hari ini. 

Mengambil contoh di Eropah, Dr. Mahathir berkata, ada negara di benua itu gagal mengurus kewangan dengan baik menyebabkan ia muflis dan hampir muflis. 

Sehubungan itu, beliau berkata, rakyat harus bijak memilih kerajaan yang lebih berpengalaman mengurus kewangan dalam membangunkan negara, dan bukan kerajaan yang bakal menjejas kewangan negara. 

........................


PORT DICKSON 8 Mac 2013 - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata segala dasar yang dibuat kerajaan selama ini adalah realistik dan mampu dilaksanakan, tidak seperti janji-janji palsu pembangkang dalam manisfeto pilihan raya umum ke-13 (PRU-13) mereka. 

Timbalan Perdana Menteri berkata manifesto pembangkang boleh disifatkan sebagai tidak munasabah dan mustahil untuk ditunaikan, malah akan membuat negara ini jatuh bankrap kerana tidak mempunyai dana yang cukup untuk menampung segala yang dijanjikan. 

"Anwar (Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim) kata Barisan Nasional (BN) akan bankrap, tapi dalam manifesto pembangkang mereka janji macam-macam, PTPTN (Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional) dihapuskan, tol tak perlu bayar, minyak turun harga. 

"Sekarang ini minyak sudah ditanggung subsidi oleh kerajaan, jadi kalau dia (Anwar) kata turun lagi harga minyak bermakna tambah subsidi. Dari mana dia nak bayar. Anwar tidak bagi tahu ini, dia kata akan turun itu turun ini, semua turun, tak payah bayar," katanya. 

....................

TUARAN 30 Dis 2007. – Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, negara ini akan bankrap sekiranya kerajaan menurunkan harga minyak yang kini melambung naik di pasaran dunia. 

Sambil mengkritik janji-janji parti pembangkang yang mendakwa mereka boleh menurunkan harga minyak, beliau berkata, di seluruh dunia harga minyak naik dan tidak mungkin parti pembangkang boleh menurunkan harga minyak. 

“Ini tidak masuk akal,” katanya ketika merasmikan Tamu Besar dan Karnival Budaya di sini hari ini. 

Beberapa pemimpin pembangkang dalam siri ceramah politik di Sabah baru-baru ini antara lain membangkitkan isu mengenai harga minyak. 

Menurut Najib, kedudukan ekonomi negara boleh terjejas teruk selain mengakibatkan program-program pembangunan dan penyediaan kemudahan rakyat terhalang sekiranya kerajaan bertindak menurunkan harga minyak sesuka hati. 

Beliau menegaskan, rakyat perlu memahami bahawa kenaikan harga minyak mentah adalah berdasarkan pasaran dunia dan tidak mungkin kerajaan boleh menurunkan harganya sesuka hati. 

...................

KUCHING 10 Ogos 2012 - Rakyat hanya perlu menggunakan akal fikiran dan tidak semestinya menjadi 'rocket scientist' untuk menilai pelbagai janji yang ditabur parti pembangkang, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut Perdana Menteri, jika dihitung janji pembangkang seperti mahu menurunkan harga minyak, pendidikan percuma, penurunan tol dan harga kereta kebanyakannya tidak mungkin dapat ditunaikan.

Sedangkan, katanya, kerajaan Barisan Nasional (BN) mempunyai hala tuju yang jelas umpamanya melalui Program Transformasi Kerajaan (GTP) berbanding pembangkang yang hanya bersandarkan isu.

"Segala-galanya (janji pembangkang) kalau kita hitung negara akan bankrap dalam satu malam, dia pun tahu tidak boleh buat sebab itu dia takut apabila kita gunakan tema Janji Ditepati.

.....................


SELEPAS PILIHANRAYA


KUALA LUMPUR 25 Nov 2013 : Malaysia has a stark choice of either increasing government revenue via the goods and services tax (GST) or burdening the country by borrowing more money. 

Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak said the implementation of GST was necessary as the country risked becoming bankrupt like Greece if it resorted to borrowing. 

“We have to find additional sources of income and that’s why we have to implement the GST,” he said at a seminar on Strengthening the National Economy. 

He said rating agency Moody’s Investors Service changed their outlook on Malaysia from neutral to positive just weeks after the GST was announced. 

........................

Kau nampak apa yang aku cuba tunjukkan?


Inilah buktinya kenapa kau jangan pilih lagi kerajaan yang sama 2018 nanti.

Ada kita dapat minyak turun harga?
Ada kita dapat faedah pendidikan percuma?
Ada kita dapat perubatan yang improve?
Ada kita dapat penurunan harga tol?
Ada kita dapat penurunan harga kereta?

Tak dapat bang!

Tapi macam mana kita boleh bankrap jugak ni? Aku ingatkan kalau kerajaan BN tak buat benda tu, seperti yang digembar-gemburkan, negara kita tak bankrap la. Kini, lepas dah menang pilihanraya dan dipilih oleh kumpulan minoriti negara, bunyi dia dah lain....

"Kalau tak laksana GST, negara akan bankrap macam Greece...pilih, kau nak bankrap atau kau nak GST? Siapa tak bayar tax, dia pengkhianat negara dan tidak patriotik!"

Bunyinya camtu la kan?
Macam budak kecik punya argument...

Hahaha. Aku ingatkan kalau pembangkang memerintah bankrap! Rupanya kalau BN memerintah pun negara akan bankrap. Dah la bankrap tanpa nampak apa2 hasil. At least kalau bankrap sebab pendidikan percuma ke, harga kereta turun ke..berbaloi la jugak. Ni bankrap tanpa nampak apa2 reasonnya...

Bankrap tak ada sebab la yang paling bahaya. Macam mana nak explain? Mintak tolong PM kita jelaskan kenapa kita bankrap selain daripada alasan standard "kerana subsidi"? 

Mana dia janji penurunan harga kereta 30% dalam manifesto hari tu? Mintak pengeluar kereta turunkan harga kereta tapi tak nak turunkan kadar cukai. Pengeluar kereta adalah satu bentuk business jadi diorang akan cut cost pengeluaran untuk membuatkan harga turun, kualiti pun akan turun. Tapi cukai tak nak jugak turun.

GST dia nak.
Cukai kenderaan pun nak.
Cukai motor pun nak.
Cukai pendapatan pun nak.
Elektrik nak naik harga.
Minyak dah naik harga dan surely akan naik lagi.

Tapi kenapa bankrap jugak?
Boleh ke aku simpulkan, sebab BN naik jadi kerajaan?

Legit bang kesimpulan aku tu. Percayalah, kau deserve better berbanding RM500 yang kau dapat setahun sekali. Anak2 kita deserve better berbanding apa yang BN mampu tawarkan. -
cursingmalay

Bagaimana Mudahnya Orang Melayu Dibeli Dengan Duit BR1M Setahun Sekali?

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.