VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Wednesday 1 January 2014

Gempar!!! Laman Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di GODAM


Laman Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) di Gulingkan

Lembaran 2014 dibuka dan laman web rasmi Kementerian Pendidikan digodam? Erkkk .. terkejut gak tengok gambar 'setan' kepala merah muncul bila saya buka laman web kementerian berkenaan.Mulanya aku di beritahu oleh seorang kawan yang mana KPM di godam langsung aku terus cari.. Dan hasilnya ini lah..

Laman Web Kementerian Pendidikan Digodam Awal 2014?

Laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia selalunya boleh dilayari menerusi url - http://www.moe.gov.my tetapi apa yang muncul adalah paparan dengan tulisan merah - Hacked pada 1 Januari 2014.

Siapakah mereka yang menggodam laman web tersebut?

Kalau ikutkan daripada informasi terhad yang diberikan, laman web rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia digodam oleh Liuk3r daripada EvilShadow Team.

Apa tujuan mereka, saya tak pasti ... tapi ada blogger yang menyatakan bahawa kumpulan ini cuba menzahirkan bantahan akan kenaikan harga barang yang bakal berlaku pada tahun 2014. Itu sekadar teori ....

Ini merupakan serangan pertama laman web rasmi kerajaan di tahun 2014 oleh penggodam. Dan ada berita diterima bahawa penggodam juga menyerang beberapa lagi laman web serta blog dengan dot my (.my).

Adakah ini satu usaha untuk gulingkan kerajaan? Hahahahahha

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.