VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Friday 22 November 2013

Jika PAS keluar dari Pakatan, maka PAS akan menjadi lebih kuat. Tetapi jajahan takluk PAS hanya bermula dari ......


PAS perlu membuat keputusan sama ada mereka mahu bersama-sama Pakatan Rakyat (PR) menawan Putrajaya atau terus “menangis seperti bayi” dan menjadi “penumpang” dalam usaha mengalahkan Barisan Nasional (BN) yang sudah memerintah Malaysia sejak negara mula merdeka.

Perwakilan PAS Pulau Pinang Mohd, Raduan Ramli semasa perbahasan ucapan Ketua Pemuda PAS semalam terus “membelasah” rakan PR DAP dan mendakwa mereka sekadar menumpang dalam pentadbiran kerajaan negeri pimpinan Lim Guan Eng.

Sedangkan masih banyak yang perlu dilakukan PAS seperti mempertingkat usaha untuk memenangi sokongan golongan muda Malaysia dalam pilihan raya umum akan datang, seperti kata bekas Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hasan semasa ucapannya dua hari lalu.
Ahli Parlimen Temerloh itu berkata, kebanyakan negeri termasuk yang diperintah PR di Pulau Pinang, merekodkan kurang 50 peratus undi golongan muda menyokong pakatan pembangkang itu dalam Pilihan Raya 2013 lalu.

Keputusan pilihan raya umum dari 1999 hingga 2013 menunjukkan dengan jelas pola pengundian terhadap PAS.

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dalam satu ceramah di Selangor baru-baru ini menyedari  hakikat kekuatan PAS apabila berkata secara sinis: "Jika PAS keluar dari Pakatan, maka PAS akan menjadi lebih kuat. Tetapi jajahan takluk PAS hanya bermula dari Rantau Panjang dan berakhir di Kemaman.”

Pergantungan kepada undi Melayu sahaja, keputusan terbaik yang boleh PAS perolehi adalah seperti pada 1999 iaitu 27 kerusi Parlimen dan menguasai dua negeri; Kelantan dan Terengganu.

Bagaimanapun, keputusan Pilihan Raya 1999 tidak akan memberikan kelebihan kepada PAS jika Tun Dr Mahathir Mohamad tidak memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden Umno.

Pemecatan Anwar menyebabkan 55 peratus undi Melayu beralih kepada Barisan Alternatif (BA) yang pada ketika itu dianggotai PAS, DAP, PRM dan Parti Keadilan Nasional (PKN) berikutan kekuatan pengaruhnya di kalangan Umno.

Tetapi, tanpa sokongan bukan Melayu, BA gagal menawan Malaysia pada 1999 apabila hanya menguasai 42 kerusi Parlimen (PAS 27, DAP 10 dan PKN 5).

Pilihan Raya 2004 pula menyaksikan PAS hanya tinggal tujuh kerusi Parlimen, PKR satu sementara DAP pula sudah keluar dari BA dan mempunyai 12 kerusi Parlimen.

Jumlah kerusi Parlimen BA hanya lapan berbanding sebelumnya akibat peletakan jawatan Dr Mahathir sebagai perdana menteri dan digantikan oleh Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Bebasnya Anwar dari penjara selepas Pilihan Raya 2004 memberikan harapan baru kepada pakatan pembangkang di Malaysia.

Pada Pilihan Raya 2008, PKR, DAP dan PAS mempunyai perjanjian untuk tidak bertembung sesama sendiri menyebabkan mereka memenangi 82 kerusi Parlimen (PKR 31, DAP 28 dan PAS 24).

Keputusan pilihan raya yang dikatakan sebagai Tsunami Politik itu membawa kepada penubuhan PR.

Pertama kali sejak Pilihan Raya 1969, majoriti tradisi dua pertiga BN berjaya dinafikan dan buat pertama kali juga pembangkang berjaya merampas negeri seperti Selangor, Perak, Pulau Pinang, Kedah dan mempertahankan Kelantan.

Selain mendapat 24 kerusi Parlimen, PAS turut memperolehi kerusi menteri besar di Kedah dan Perak.

Di Perak, walaupun PAS hanya mempunyai enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), kesepakatan PR menyebabkan PKR dan DAP memberi laluan walaupun kedua-dua parti itu mempunyai lebih banyak kerusi.

Pilihan Raya 2013 pula menyaksikan PR menambah bilangan kerusi di Dewan Rakyat apabila mendapat 89 kerusi (DAP 38, PKR 30, PAS 21).

PAS hilang tiga kerusi Parlimen ekoran kehilangan Kedah yang mereka kuasai akibat daripada perpecahan dalaman parti Islam itu.

PAS kalah dalam semua kerusi Parlimen yang ditandinginya di Kedah kecuali Pokok Sena yang dipertahankan oleh Datuk Mahfuz Omar.

Ertinya, jika tiada perpecahan dalam PAS Kedah, parti Islam itu tidak mustahil akan mendapat lebih banyak kerusi Parlimen berbanding Pilihan Raya 2008.

Tetapi, bilangan kerusi DUN dimenangi PAS bertambah terutama di Selangor, Pahang dan Terengganu.

Awal minggu ini, Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Fauzi Yusof, mengugut akan meninggalkan PR kerana membantah campur tangan kerajaan negeri dalam pentadbiran hal ehwal Islam dan pelantikan wakil parti sebagai Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK).

PAS hanya mempunyai satu kerusi DUN di Pulau Pinang iaitu di Permatang Pasir apabila Datuk Salleh Man berjaya mengekalkan kerusinya dalam Pilihan Raya 2013 lalu.

Salleh dilantik oleh kerajaan negeri untuk menjadi pengerusi Pengerusi Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP).

“Semasa PAS memerintah Kedah pada penggal lalu, jawatan apakah yang diberikan mereka kepada DAP?

“Begitu juga dengan di Kelantan, walaupun DAP mempunyai ahli di negeri berkenaan, tidak pernah pula terdengar mereka ‘merengek’ meminta sesuatu. Ini patut dihentikan,” kata seorang aktivis PAS kepada The Malaysian Insider.

Muktamar ke-59 yang akan bermula secara rasminya hari ini harus menjadi medan kepada PAS untuk memikirkan masa depan mereka.

Sudah tiba masanya untuk PAS membuat pilihan sama ada mahu melangkah setapak dan terus kekal sebagai parti arus perdana, atau kembali menjadi parti ustaz, ulama dan guru sekolah pondok yang hanya menguasai Kelantan dan Terengganu. – 22 November, 2013. -TMI

***Ulasan Ringkas PPK****
Apa yang perlu dibuat oleh PAS Pulau Pinang sekarang adalah mengukuhkan kedudukannya di negeri itu.

PAS bertanding lima kerusi DUN dan dua parlimen di Pulau Pinang namun hanya menang satu kerusi DUN sahaja dalam pilihan raya umum (PRU) Mei lalu.

Tiga isu untuk difokus oleh PAS Pulau Pinang.
  1. Ia adalah isu kedudukan Melayu Pulau Pinang yang ketinggalan 
  2. Mempertingkatkan kesedaran orang Melayu terhadap Islam 
  3. Memastikan perpaduan di kalangan parti dalam PR.
Ketiga-tiga isu ini perlu digarap dengan baik jika PAS mahu dihormati dan disegani oleh kawan dan lawan. 

Dengan kutipan zakat RM70 juta setahun, pelbagai perkara boleh dibuat oleh mereka khasnya terhadap umat Islam dan orang Melayu Pulau Pinang di samping peruntukan daripada kerajaan negeri sendiri. 

Berhajat nak jawatan atau nak berkhidmat? Ukur kekuatan kita dengan tuntutan yang kita buat. Sepadankah? Jangan cepat melenting. 

Jangan terlalu geli dengan geletekan kecil. Kalau ini dah geli besar macam mana nak hadapi gelombang lebih besar.

Kena ada tolak ansur melalui rundingan, bukannya melepaskan melalui kenyataan akhbar. Kalau macam ni, lambat lagi PAS nak merintah. Asyik melatah saja.


Melayu pon tolak orang PAS.. Sendangkan Suhaizan Kaiat nie menang DPPM tapi melayu Simpang Renggam (Johor) tolak calon Islam.. Tengok Keputusan Pemilihan Muktamar Dewan Pemuda Pas Malaysia ke 54

Kalau nak keluar daripada PR teruskan tidak payah nak ugut-ugut. Kita lihat PRU14 nanti bolehkah PAS menang dan tawan Putrajaya bersendirian. Penyokong PAS kena faham Melayu Islam pun tolak PAS bukan pasal kerjasama dengan DAP dan PKR.

Ikuti Siaran Langsung Muktamar PAS ke-59

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.