When injustice becomes law, resistance becomes duty"...."Many will call me an adventurer - and that I am, only one of a different sort: one of those who risks his skin to prove his platitudes."— Che Guevara (1928-1967) International Revolutionary
Jom kita kumpulkan kekuatan untuk 5 tahun akan datang untuk tempoh PRU 14 yang mencabar..
Sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang neutral dan tidak memihak kepada mana-mana parti politik. Walaupun anggota terdiri dari pimpinan politik dari parti-parti tertentu, ianya tidak menjejaskan prinsip yang membuka penyertaan golongan muda tanpa mengira perbezaan ideologi politik.
Sebuah gerakan anak muda (tidak ada struktur dan hiraki formal), menghimpunkan anak muda Malaysia dari perbagai latar yang percaya akan keperluan bangkit dengan keberanian dan sepenuh daya mendesak perubahan. Perubahan bukan satu takdir yang harus ditunggu sebaliknya merupakan satu tanggungjawab anak muda untuk sama mendesak dan menggerakkan massa ke arahnya. Berpaksikan pendekatan radikal dalam banyak perkara.
Tujuan utama penubuhan adalah untuk menyediakan platform kepada anak-anak muda di Malaysia untuk bersama-sama melaksanakan program-program dan aktiviti kearah melahirkan masyarakat muda yang berani untuk memimpin masyarakat dalam berhadapan dengan kehidupan di era globalisasi yang semakin mencabar.
Perjuangan yang kita lakukan hari ini ialah warisan perlawanan rakyat yang ditindas sebelum ini. Perjuangan ini ibarat mata rantai, kita bukan yang dahulu tetapi kita bukan yang terakhir. Cuma lakukan yang terbaik ketika zaman kita, anak muda harus berani mencipta sejarah.
Objektif
1) Melahirkan masyarakat muda Malaysia yang progessif dan dinamik tanpa mengira perbezaan agama, kaum dan ideologi politik.
2) Membudayakan demokrasi sebagai satu cara hidup dengan menggalakkan anak muda untuk berbeza pendapat.
3) Melatih anak-anak muda untuk peka terhadap isu-isu semasa baik di peringkat nasional mahupun antarabangsa.
Pendekatan
- Hak Warga
Anak muda akan didedahkan mengenai undang – undang, perlembagaan dan hak selaku warga negara, dengan kesedaran semua ini maka rasa kecintaan terhadap negara akan lebih mendalam.
- Pendidikan
Kesedaran pendidikan akan diberi tumpuan, bantuan dari aspek kesedaran pendidikan jauh ke kawasan pendalaman
- Kebajikan
Anak muda yang dilibatkan dalam kerja kebajikan akan pasti meningkat kesedaran serta jati diri.
Modus operandi
- Tanpa penglibatan politik secara kepartian
- Penerbitan risalah, video dan bahan-bahan edaran umum.
- Menganjurkan program-program yang menarik anak muda.
- Peluang untuk ke luar negara bertukar pengalaman melalui perbagai program latihan dan ‘internship’ melalui jaringan hubungan organisasi di luar negara.
- Latihan pengukuhan radikalisma dikalangan anak muda
- Garis pedoman berpaut pada resolusi yang terhasil dari setiap rapat kebangsaan yang berlangsung 3-4 bulan sekali.
Komrad Area Pulau Pinang (Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah, Seberang Perai Selatan) di Alu-alukan dan Seluruh Negara..
Cara mendaftar
Nama (Penuh) :
IC:
Hand Phone Number:
Hantar ke
e-mail: sammbukitmertajam@gmail.com
Facebook: Samm BM
Page FB: Pakat-Pakat Kalih
WeChat Group:
No comments:
Post a Comment