Aku nak sentuh sikit bab nie.. Ada point yang perlu di utamakan.. Tak kisah lah.. dari PKR, PAS, DAP pon.. Dan dari NGO sekali pon..
1. Dalam sidang media yang dilakukan Wan Salleh, beliau mendedahkan bahawa semenjak dirinya disingkirkan dari jawatan Pengerusi PKR Kedah, PKR Negeri di lihat tidak pernah mengadakan mensyuarat sehingga ke hari ini.
2. Menurut Wan Salleh, PKR Pusat langsung serta PKR Negeri tidak mengambil berat kepada cabang-cabang PKR di seluruh Malaysia dan ketua-ketua cabang yang bertungkus lumus menghidupkan parti dengan sendiri.
3. Akibat dari sikap tidak mengambil berat terhadap cabang-cabang PKR, Pejabat PKR Langkawi sendiri yang tidak mempunyai sumber kewangan terpaksa ditutup setelah 6 bulan gagal menjelaskan sewa bangunan.
Pemimpin PKR Negeri dan Pusat dilihat terlalu angkuh untuk mengambil tanggungjawab terhadap kesungguhan ketua-ketua cabang yang selama ini bersusah payah, berhabis wang ringgit, tenaga serta mencari sokongan namun telah diketepikan seperti kepimpinan di Kulim-Bandar Baharu, Alor Setar, Kubang Pasu dan yang paling nyata, Langkawi.
Boleh paham kot apa aku nak hingaq kat sini..
1. Mensyuarat.. merangka strategi, mengumpulkan pandangan serta mencari kesepakatan di dalam urusan berorganisasi..
2. Sikap ambil berat antara pihak atas dan kita di bawah jangan di abaikan.. Jadi terkontang kanting dan ramai akan lari dari perjuangan dan matlamat sebenar..
3. Sumber kewangan perlu kukuh.. Kalau dah ada yang berkorban untuk perjuangan nie jangan lah di biarkan mereka macam tu saja tanpa ada penghargaan dalam bentuk lain.. Selain dari di berikan menjadi calon..
No comments:
Post a Comment