DASAR PENGHARGAAN WARGA EMAS
Diwujudkan oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk memberi penghargaan, pengiktirafan dan penghormatan kepada warga emas yang telah berjasa kepada Negeri Pulau Pinang tanpa mengira perbezaan kaum, agama dan fahaman politik.
SYARAT KELAYAKAN
Berusia 60 tahun dan ke atas;
Berdaftar sebagai pengundi di Negeri Pulau Pinang; dan Berdaftar dengan Kerajaan Negeri Pulau Pinang.
KAEDAH PELAKSAAN
Pemberian Wang Tunai Sebanyak RM100. Warga emas yang telah berdaftar dengan Kerajaan Negeri dan memenuhi kriteria akan diberikan wang tunai sebanyak RM100 selepas tarikh akhir pendaftaran.
No comments:
Post a Comment