VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Saturday, 15 March 2014

Apa sahaja maklumat yang diumumkan oleh Najib adalah tidak lengkap, kata waris penumpang pesawat

Pengumuman terbaru yang dibuat oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkenaan kehilangan MH370 patut dibuat lebih awal bahkan kelaurga mangsa terasa ada sesuatu yang disembunyikan.

Muhammad Razahan dan isterinya Norli Akmar Hamid dalam perjalanan untuk berbulan madu ke China apabila pesawat milik Malaysian Airlines (MAS) hilang semasa perjalanan ke Beijing dari Kuala Lumpur awal pagi Sabtu.

Muhammad Razahan, bapa saudara Zulkifli Zakaria dari Perak berkata, selepas lapan hari menunggu, perdana menteri sepatutnya sudah memberi jawapan lebih pasti dan bukannya apa yang diumumkan sebelum ini.

"Saya tidak berasa itu adalah perkara sebenar. Mesti ada sesuatu yang lain. Mereka menyembunyikan sesuatu daripada kami," kata beliau kepada The Malaysian Insider semasa dihubungi melalui telefon tidak lama selepas pengumuman dibuat.

"Kami tidak berpuas hati bagaimana perkara ini dikendalikan," kata Zulkifli.

Beliau berkata, ahli keluarga yang berada di situ bersama dalam bilik di Hotel Everly mendengar pengumuman, kelihatan tidak gembira.

"Tiada yang menjerit tetapi saya dapat melihat raut wajah mereka. Malah saya dan anggota keluarga lain cuba yang terbaik untuk bersabar. Ibu meminta kami untuk tidak membuat hal. Jadi kita menghormati permintaannya itu," kata Zulkifli .

Beliau tiba di sini dengan nenek Muhammad Razahan dua malam lalu untuk memberi sokongan moral kepada abang dan kakak iparnya.

Turut bersetuju sentimen yang sama adalah waris warga Ukraine, Chustrak Oleg Ukraine, 45, dan Deineka Sergii Ukraine, 45.

Lelaki yang enggan namanya disiarkan berkata, apa sahaja maklumat yang diumumkan oleh Najib adalah tidak lengkap.

"Kami mahu lebih. Ia tidak lengkap," katanya.

Warga Ukraine, Muhammad Razahan dan isteri adalah antara 227 penumpang dan 12 anak kapal adalah antara penumpang yang ditakdirkan untuk berada dalam pesawat malang  MH370 itu.

Lebih 100 ahli keluarga penumpang MH370 ditempatkan di  Hotel Everly sementara menanti perkembangan terkini mengenai pesawat yang hilang.

Daripada 239 orang penumpang, 38 daripada mereka adalah warga Malaysia, 159 warga China dan selebihnya dari 12 negara lain termasuk Indonesia dan India.

Najib awal hari ini berkata pencarian pesawat MH370 akan diperluaskan ke kawasan-kawasan luar Thailand hingga Kazakhstan dan Turkmenistan di utara dan di luar Indonesia di selatan selepas bukti menunjukkan hubungan terakhir adalah pada jam 8:11 di utara Selat Melaka.

Beliau berkata, siasatan menunjukkan pergerakan jet penumpang dan hubungan komunikasi dimatikan adalah disengajakan tetapi tidak mengatakan ia satu rampasan pesawat .

Penyiasat mengesahkan pesawat dikesan radar tentera adalah pesawat milik MAS MH370, selepas komunikasi mungkin dimatikan sebelum ia sampai di pantai timur Malaysia seminggu lalu, Reuters memetik Najib sebagai berkata.

"Walaupun laporan media mengatakan pesawat itu dirampas, saya ingin menegaskan, kami masih menyiasat semua kemungkinan tentang apa yang menyebabkan MH370 tersasar daripada laluan asal," kata Najib, membaca kenyataan bertulisnya di sidang akhbar yang dipenuhi  pengamal media.

Beliau berkata, satelit mengatakan pesawat Boeing 777- 200ER (9M- MRO) berada di salah satu daripada dua koridor: di bahagian utara Thailand hingga ke Kazakhstan, atau di bahagian selatan, dari Indonesia hingga ke selatan Lautan Hindi.

Beberapa laporan sebelum ini memetik kenyataan seorang pegawai Malaysia yang tidak dinamakan sebagai mengesahkan spekulasi bahawa pesawat tersebut dirampas. – 15 Mac, 2014 .


Posted via Blogaway

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.