VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Friday 29 November 2013

Bukan Bela Kroni Tapi Bela Pertani

Anwar : Isu Bernas, Kerajaan BN utama kroni daripada bela petani


Kerajaan Umno-BN lebih mengutamakan kerakusan kroni mereka mengaut keuntungan dalam industri beras daripada memperjuangkan kepentingan para petani yang berpenat lelah membanting tulang.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata golongan petani akan terus terpinggir walaupun Pertubuhan Peladang Kebangsaan (NAFAS) dan Persatuan Nelayan Kebangsaan (NEKMAT) dijanjikan pegangan saham sedikit tinggi ketika penyenaraian semula industri beras nanti.

Ini kerana kata Anwar, kroni utama Umno-BN, Tan Sri Syed Mokhtar dan pemegang saham minoriti lain yang mempunyai hubungan dengan Umno-BN bakal mendapat habuan lebih besar hasil penstrukturan semula ini.

“Kerajaan BN perlu menerangkan bagaimana ia boleh berpuas hati dengan penambahan saham bernilai RM 50 juta sahaja kepada NAFAS dan NEKMAT sekiranya pegangan asal mereka sebanyak 10 peratus setiap satu dikekalkan.

“Bagaimana kerajaan BN boleh membenarkan Tan Sri Syed Mokhtar menguasai BERNAS menerusi saham pegangannya berjumlah 83.4 peratus dengan nilai RM 1,452 juta (pada RM 3.70 sesaham)?

“RM 1,452 juta diberikan kepada seorang individu, manakala hanya RM 174 juta dibahagikan kepada lebih 170,000 pesawah padi,” kata Anwar.

Beliau yang juga Ketua Umum PKR mengulas kenyataan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob bahawa penyahsenaraian BERNAS daripada Bursa Malaysia bersifat sementara.

Sementara itu, Ahli Parlimen Alor Setar, Gooi Hsiao Leung mendesak Kerajaan BN segera mendedahkan butiran ikrar bertulis BERNAS di dalam Parlimen untuk penelitian awam.

“Kerajaan perlu jawab mengapa pihak berkepentingan asal seperti Syarikat Perniagaan Peladang Mada Sdn Bhd dan Syarikat Perniagaan Peladang Kada Sdn Bhd tidak lagi mempunyai saham di dalam syarikat tersebut.

“Sedangkan lebih daripada 83 peratus pegangan saham Bernas hari ini dikawal dan dimiliki oleh syarikat-syarikat Syed Mokhtar,” kata Hsiao Leung dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, beliau yang juga Naib Pengerusi PKR Kedah membuat usul untuk membahaskan penyenaraian keluar Bernas di Parlimen namun ditolak Speaker Parlimen.

Ekoran penolakan itu, beliau kemudiannya menggesa Suruhanjaya Sekuriti untuk menyiasat penyenaraian keluar Bernas.

-EZY

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.