Kiriman Sawadee Kap
"Kesian kawan kita ni..rumahnya dipotong eletrik kerana bayaran tertunggak 1 sen..TNB oh TNB..."
Inilah contoh apa yang dicanangkan oleh Najib sebagai wassatiyah.. rakyat 1 sen pon ligan sampai lubang cacing dan mengikat perut tapi dia sendiri membazir ikut suka dia saja..
Jumlah bil elektrik bagi kediaman rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Kompleks Seri Perdana adalah sebanyak RM2,237,788.13 pada 2012.
Manakala sebanyak RM311,174.25 dibelanjakan untuk pembayaran air sepanjang tahun tersebut.
Ada apa dalam rumahnya agaknya?.. Dia bela badak ke? sampai macam tu tinggi bil air?
Perkara itu dimaklumkan dalam jawapan bertulis daripada Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim bagi menjawab soalan ahli parlimen Seremban Anthony Loke.
Anthony bertanya mengenai butir-butir bil elektrik dan air serta kos penyelenggaraan kediaman rasmi Najib dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin..
Nak jimat padam lah setengah lampu.. Jangan la bukak semua.. Bukan nak cerah macam main bola sepak..
RM0.01 sen.... banyak tuu.... RM2,237,788.13 sikit saja...
duit satu sen dah pupus nak bayar guna apa? tahi hidung?
ReplyDeletesekarang kena bayar penyambungan semula pula
BAHALOL punya syarikat
buat report polis lah. report kat tribunal pengguna atau kalau ada duit saman terus