VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Tuesday 6 August 2013

Masalah Anjing di Malaysia Pernah Masuk Makhamah Pada Tahun 1930an Lagi.. [Mai Baca]


Ada nampak anjing kat depan tengah-tengah tu? Naahh... yang segak bergambar dengan anjing tu, semuanya kan tokoh-tokoh Islam yang tersohor. Mufti Kelantan Haji Wan Musa dan Dr Burhanuddin Al-Helmi tokoh besar PAS, dan Raja Kelantan pun ada situ. Silakan tengok gambar ni, diambil pada 1930an. 


Saya taipkan semula di sini dalam tulisan rumi: Gambar ini diambil sempena perbicaraan tentang masalah najis anjing. Yang duduk di sebelah kanan sekali ialah Haji Wan Musa, yang tengah Yang Teramat Mulia Raja Kelantan Yang Mulia Haji Abbas Taha, qadhi besar Singapura dan Haji Nik Mhd Sadiqi Haji Wan Musa.

Yang berdiri di sebelah kanan sekali ialah Yang Mulia Tengku Chik, Yang Mulia Doktor Burhanuddin Al-Helmi, Yang Berhormat Datuk Seri Diraja Kelantan dan Nik Mahmud.

Berikut adalah petikan dari tulisan Tn Hj Nik Abdul Aziz bin Hj Nik Hassan yang diterbitkan dalam buku 'Islam di Kelantan' terbitan Persatuan Sejarah Malaysia :

Raja Kelantan iaitu Tengku Ibrahim Ibnu Sultan Muhammad IV memanggil Hj Nik Abdullah bin Hj Wan Musa, seorang ulama lulusan Mekah dan juga anak kepada Mufti Kelantan (Hj Wan Musa), ke Istananya yang bernama Sri Cemerlang. Raja Kelantan yang ingin sangat memelihara anjing, bertanya kepada Hj Nik Abdullah sama ada anjing itu boleh dipelihara atau tidak, dan bagaimana jika terkena air liur anjing?

Hj. Nik Abdullah bin Hj Wan Musa menjawab bahawa 'kiranya binatang anjing itu difikir sangat perlu untuk keselamatan rumahtangga, maka binatang itu perlu pula dipelihara oleh anggota keluarga itu'.

Seterusnya, Hj Nik Abdullah bin Hj Wan Musa menjelaskan bahawa 'jika mengikut pendapat Imam Syafiii, anggota tubuh badan manusia yang terkena jilatan anjing wajib disamak, akan tetapi jika berpandukan pada pendapat Imam Malik pula, tidak harus disamak. Justeru, menurut Hj Nik Abdullah, orang ramai boleh memilih pandangan mana satu di antara kedua itu yang mereka mahu amalkan.

Bagi Hj Nik Abdullah, kesemua pandagan yang mewakili setiap mazhab empat iaitu mazhab Hanafi, Maliki, Syafii dan Hanbali boleh diamalkan oleh orang ramai, walaupun dengan cara 'talfik' (campur aduk) di antara satu sama lain. Cuma apa yang beliau ingatkan ialah agar amalan mereka tidak terkeluar daripada lingkungan mazhab empat itu. Menurut beliau, perbezaan pendapat di antara ulama-ulama mujtahid mutlak itu hanya berasaskan daya ijtihad masing-masing berpandukan Al-Qur'an dan AL-Hadith . Tambahan pula, tiap-tiap Imam yang mengasaskan mazhab mereka masing-masing itu tidak menyalahkan pandangan-pandangan yang berbeza di antara mereka, dan tidak pula mewajibkan orang-orang kemudian supaya mengikuti kesemua pandangan mereka masing-masing'.

Bapa Hj Nik Abdullah iaitu bekas Mufti Kelantan Hj Wan Musa, Haji Abas Taha yang merupakan Qadhi Besar Singapura dan tokoh besar PAS iaitu Dr. Burhanuddin Al-Helmi adalah antara tokoh Islam yang menyokong pendapat Hj Nik Abdullah. -Norhayati Kaprawi

 


Pas hari ini mendakwa Islam tidak terhina dengan video yang telah dimuat naik oleh pelatih anjing Maznah Yusof.

Ketua Penerangannya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata tindakan Maznah itu tidak mempunyai niat menghina Islam.

Sebaliknya, beliau berkata Maznah hanya menunjukkan ketaksubannya terhadap haiwan tersebut.

"Chetz (Maznah) mungkin seorang yang tidak tinggi ilmu agamanya.

"Ini cuma satu kelakuan yang jahil, yang boleh diperbetulkan tanpa mengenakan sebarang hukuman.

"Video tersebut juga bukan untuk menghina sesiapa, tapi kerana ketaksuban beliau dalam menyayangi anjing sehingga seolah-olah beliau inginkan anjingnya dimuliakan sama dengan kita memuliakan manusia," katanya pada satu kenyataan media.

Sabtu lalu, media melaporkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah memutuskan  Chetz yang memuatnaik video beliau menyambut Aidilfitri bersama tiga anjing dalam laman Facebook sebagai perbuatan menghina Islam.

Berikutan itu Jakim diarah memaklumkan keputusan itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan susulan.

Ia diumumkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom

Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim juga berkata tidak wajar Maznah dikenakan hukuman, ia seharusnya dididik.

"Chetz perlu dididik bukannya dihukum.

"Islam tidak terhina kerana video Chetz, kerana ia tidak bertujuan begitu," katanya.

Sehubungan itu, Tuan Ibrahim juga mengesyorkan umat Islam yang tersinggung dengan video tersebut mengambil kesempatan pada Aidilfitri yang bakal kunjung tiba untuk memaafkan Chetz. -SH

Sebab tu aku nasihatkan biar yang pakar buat rumusan. Bukan baru pegang jawatan dalam Kerajaan, jawatan tu pun naik secara bodek, tiba-tiba keluarkan arahan. Kecoh arr..

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.