VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Tuesday 6 August 2013

Jom Berdemostrasi Hari Raya Pertama di Komtar, Kerajaan Pulau Pinang Buat Hal

(DARI KIRI): Abdul Malik Abul Kassim, Lim Guan Eng, Anwar Ibahim, wakil penerima, Mohd. Rashid Hasnon dan Mansor Othman pada majlis sumbangan peruntukan mengimarah masjid baru-baru ini.



KERAJAAN Negeri melalui Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP) memperuntukan sebanyak RM215,000 bagi tujuan mengimarahkan lebih 200 masjid di negeri berkenaan sempena menyambut bulan Ramadan.

Timbalan Ketua Menteri I, Mohd. Rashid Hasnon berkata, Kerajaan Negeri akan terus menyokong sebarang program mengimarah masjid demi memartabat lagi keindahan Islam sebagaimana dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan.

"Kerajaan Negeri menyokong penuh sebarang program mengimarahkan masjid memandangkan peranan masjid kedudukannya sebagai pengemudi pada masyarakat," ujar beliau dalam satu majlis di perkarangan Masjid Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) di Jawi baru-baru ini.

Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia merangkap Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Abdul Malik Abul Kassim (Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna) turut berucap pada Majlis Penyerahan Sumbangan Ihya' Ramadan Peringkat Negeri Pulau Pinang 2013 itu.

Manakala, Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng turut bersama-sama Mohd. Rashid dan Anwar menyempurnakan majlis penyerahan sumbangan kepada para pentadbir masjid berwajib.

Hadir bersama, Timbalan Yang Dipertua MAINPP merangkap Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang, Maktar Shapee, Lim Hock Seng (Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Utiliti) dan Datuk Mansor Othman (Ahli Parlimen Nibong Tebal), Datuk Sazali Hussein (Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Pulau Pinang, JAINPP) dan Rohani Hassan (Pegawai Daerah Seberang Perai Selatan, SPS).

Difahamkan, Masjid Negeri menerima sumbangan RM5,000, manakala, kelima-lima masjid daerah masing-masing menerima peruntukan RM2,000.

Kesemua 200 masjid kariah pula masing-masing menerima sumbangan RM1,000.

Sebelum pada itu, Abdul Malik berkata, idea mengeluarkan peruntukan khusus untuk tujuan mengimarah masjid serta jamuan berbuka puasa sempena bulan Ramadan itu sebenarnya diilhamkan oleh Guan Eng sendiri pada tahun 2008.

Itu, tidak termasuk insiatif Kerajaan Negeri mewujudkan Kelas Celik Al-Quran di peringkat sekolah sejak tahun 2010, selain, mengadakan Sambutan Bulan-Bulan Al-Quran saban tahun.

"Bermula dengan 10 sekolah, sekarang lebih 100 sekolah mengikuti program ini. Sejak tahun 2010, RM100,000 diperuntukan untuk Program Celik Al-Quran dan sekarang, hampir mencecah RM400,000,” ujar Abdul Malik.

Sementara itu, Anwar pula berkata, umat Islam wajar diseru untuk menegakkan kebenaran dan keadilan kerana komitmen itu mendekati maksud ketakwaan sebagaimana dituntut dalam ibadah berpuasa itu sendiri.

"Puasa ini diwajibkan ke atas umat sebelum kita lagi, membawa gambaran bahawa tradisi berpuasa ini dilakukan oleh semua penganut agama sebelum kamu, iaitu Islam.

"Menegakkan ketakwaan yang menjadi maksud utama kita berpuasa itu antaranya adalah menegakkan kebenaran dan keadilan untuk seluruh alam...itu lah maksud Islam.

"Sebab itu, Ramadan patut mengajak umat Islam untuk senantiasa mahu mencari muafakat nasional serta meruntuhkan tempok perkauman yang zalim," ujar beliau.

Beliau berkata demikian semasa menjelaskan mengenai inti ayat 183 dari Surah al-Baqarah yang bermaksud,

    "Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa."

Dalam perkembangan lain, Anwar turut mengutuk tindakan kudeta tentera Mesir atas alasan Dr. Muhammad Morsi dipilih sebagai Presiden oleh majoriti rakyat negara berkenaan melalui proses pilihan raya umum yang demokratik.

Jom ramai-ramai kita serbu Komtar.. Ajak Sekali geng Perkasa.. Selepas Solat Sunat Hari Raya AidilFitri

1 comment:

  1. "Sementara itu, Anwar pula berkata, umat Islam wajar diseru untuk menegakkan kebenaran dan keadilan kerana komitmen itu mendekati maksud ketakwaan sebagaimana dituntut dalam ibadah berpuasa itu sendiri.

    Puasa ini diwajibkan ke atas umat sebelum kita lagi, membawa gambaran bahawa tradisi berpuasa ini dilakukan oleh semua penganut agama sebelum kamu, iaitu Islam.

    "Menegakkan ketakwaan yang menjadi maksud utama kita berpuasa itu antaranya adalah menegakkan kebenaran dan keadilan untuk seluruh alam...itu lah maksud Islam."

    Aih jauhnya lari tajuk. Pak Syeikh, mana boleh tafsir ayat Al-quran ikut suka-suka hati sendiri...setiap ayat ada asbabun nuzul. Salah tafsir daaa. Pak syeikh kalau pluralis pun, jangan anggap tafsir ayat Quran macam tafsir buku English. Berdosa nanti!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.