Pendirian Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Islam tidak konsisten jika mengambil kira beberapa tindakannya sebelum ini.
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, umat Islam mestilah menghormati agama lain tapi dalam masa sama konsisten terhadap agama Islam, agama kebangsaan.
“Pendirian Anwar tentang Islam tak konsisten. Contohnya di tempat seperti masjid, dia jadi imam. Tempat Sikh, dia pakai ikut cara mereka.
“Di tempat orang India pula, dia menari cara mereka. Kita ada budaya kita sendiri dan orang India hormat kita kalau ada pendirian sendiri, orang Cina pun tak marah.
“Tapi kita kena tunjuk konsisten kita dan jati diri kita sendiri,” katanya dalam sidang media selepas Ceramah Perdana Pas Pilihan Raya Kecil (PRK) Port Dickson, di sini, malam tadi.
Dalam perkembangan lain, Abdul Hadi mengesahkan parti itu bersendirian menghadapi PRK Port Dickson selepas dua kali bekerjasama dengan Umno sebelum ini.
“Tiada (cadangan perjumpaan bersama Umno). Kita bersendiri,” jawabya ringkas.
Begitupun, Ahli Parlimen Marang itu masih berharap ahli Umno di Port Dickson mengundi mereka pada 13 Oktober nanti.
“Umno telah keluarkan kenyataan tak benarkan ahli-ahli turun. Nak mengundi cerita lain tapi kami harap mereka undi kami,” ujarnya.
No comments:
Post a Comment