VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Wednesday, 10 September 2014

Lawan sultan : Tabik kepada Wan Ji dan Ali.




Lawan sultan : Tabik kepada Wan Ji dan Ali.

Oleh : AdukaTaruna

Ulama akhir zaman menjadikan agama sebagai candu. Muhammad saw dan nabi-nabi lain mengajar kita bahawa agama adalah matlamat. Dan kebanyakan mereka mati di jalan matlamat. Nabi-nabi dahulu tidak menjadikan agama sebagai candu (ubat khayal dari masalah kesilapan / kerosakan) apatah lagi fasis (golongan hadapan) kepada regim sistem.

Nabi2 dahulu tidak benarkan Islam menjadi fasis kepada sistem kapitalisme. Fasis kepada sistem feudal. Kebanyakan mereka mati di tangan sistem yang ada. Tiba zaman Muhammad saw, sistem asas berjaya ditegakkan. Tanpa label negara Islam. Disambung oleh zaman sahabat. Malah terdapat sahabat yang 'menukar syariat'. Azan Jumaat 2 kali, tangguh hudud dan sebagainya. Perlu tahu Islam adalah progresif terhadap sistem. Dan beku terhadap akidah. Sistem suku. Akidah suku. Inilah asas sekular.

Kamu lihat hari ini ulama-ulama akhir zaman. Buih dilautan. Ketika zaman feudal kesultanan, mereka beradaptasi menjadikan agama sebagai fasis feudal. Ketika zaman kapitalisme, mereka beradaptasi menjadikan agama fasis kapitalisme. Nak lawan sistem, terpaksa lawan mereka dahulu. Nak lawan mereka, terpaksa lawan Allah dan nabi-nabi!

Nabi-nabi dahulu menjadikan agama sebagai motivasi. Ketika sakit, mati, derita revolt terhadap sistem, mereka ditawarkan imbuhan metafizik. Solat hajat. Syurga neraka. Bidadari. Ulama akhir zaman kemudiannya menjadikan agama sebagai candu. Pejuang agama fasis feudal, pejuang Tuhan fasis kapitalisme ditawarkan bidadari, syurga, ghanimah, mimpi jumpa nabi, derma jihad.

Tabik kepada Wan Ji dan Ali. Kami terlalu kerdil untuk kembali ke jalan-jalan nabi seperti anda.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.