VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Monday 8 September 2014

Isu MB Jelas Presiden PAS Boleh Diambil Tindakan Tatatertib


Bismillahirrahmanirrahim. Dengan nama ALLAH yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (JKPP) dalam mesyuarat pada 17 Ogos 2014 telah memutuskan seperti berikut :

a) Sebagaimana yang dipertegaskan sebelum ini, PAS akan terus komited dengan Pakatan Rakyat dalam melaksanakan kerjasama politik Tahaluf Siyasi.

b) Empat (4) Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor dari PAS akan terus berada dalam Kerajaan Negeri Selangor untuk memastikan khidmat kepada rakyat tidak terjejas.

c) PAS tidak akan menuntut jawatan Menteri Besar Selangor, PAS juga menghormati semangat yang ada dalam Pakatan Rakyat dalam mencadangkan nama calon Menteri Besar Selangor. Sehubungan dengan itu, PAS sebulat suara pada hari ini bersetuju untuk mengangkat dua (2) nama bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim. Nama yang dicadangkan oleh PAS ialah

(1) YB Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail (Presiden PKR), dan
(2) YB Mohammad Azmin Ali (Timbalan Presiden PKR).

Keputusan tersebut telah ditandatangani oleh Dato' Seri Presiden PAS Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang dan dibaca di dalam sidang media oleh Timbalan Presiden PAS Tuan Haji Mohamad Sabu.

Keputusan ini tidak pernah dibatalkan atau dipinda pada bila-bila masa walaupun JKPP telah bermesyuarat sekali lagi pada 25 OGOS 2014 yang mana dalam mesyuarat telah diputuskan bahawa keputusan 17 Ogos 2014 adalah kekal dan seterusnya menyerahkan kepada budi bicara dan kebijaksanaan Tuanku Sultan untuk memilih siapa pengganti Menteri Besar Selangor.

Pada 4 September 2014 Setiausaha Agung PAS Dato' Mustafa Ali memberitahu media bahawa PAS telah menghantar tiga (3) calon Menteri Besar di mana dua (2) daripada PKR dan satu (1) daripada PAS bagi menjunjung titah Tuanku Sultan meminta lebih dari dua (2) nama. Setiausaha Agung juga memaklumkan bahawa surat ditandatangani oleh Presiden dan menjadi amalan biasa diuruskan oleh Pejabat Presiden.

Pada 5 September 2014, Timbalan Presiden PAS Tuan Haji Mohamad Sabu mengeluarkan kenyataanbahawa AJK PAS Pusat termasuk beliau tidak mengetahui perkara tersebut.

Persoalannya ialah :

a) Bila keputusan mesyuarat bertarikh 17 Ogos 2014 dibatalkan;
b) Siapa membatalkan keputusan mesyuarat bertarikh 17 Ogos 2014;
c) Siapa yang memutuskan menghantar tiga (3) nama calon;
d) Siapa yang memutuskan dua (2) calon PKR dan seorang calon daripada PAS.
e) Siapa memberikan mandat kepada Presiden untuk menghantar tiga (3) nama?

JAWAPAN DAN ULASAN.

Sehingga hari ini 5 September 2014 dan selaras dengan kenyataan media Timbalan Presiden PAS pada 5 September 2014, jelas bahawa keputusan mesyuarat JKPP pada 17 Ogos 2014 tidak pernah dibatalkan, justeru keputusan tersebut terus mengikat seluruh ahli PAS samada ahli tersebut Mursyidul Am, Timbalan Mursyidul Am, Ahli Majlis Syura Ulamak, Presiden sehingga ahli biasa. Keputusan tersebut kekal sehingga ada keputusan lain yang membatalkannya.

Apabila Timbalan Presiden menafikan sebarang pengetahuan berkiatan tindakan Presiden menghantar tiga (3) nama kepada Istana maka JELAS bahawa tindakan tersebut adalah dilakukan oleh Presiden samada secara bersendiri atau bersama kumpulan penasihat beliau termasuk Timbalan Mursyidul Am.

Perlembagaan memperuntukkan tugasan bagi setiap jawatan di dalam PAS samada ianya Mursyidul Am taua Presiden atau siapa saja pemegang jawatan di dalam PAS. Semua tertakluk kepada Perlembagaan dan kuasa tertinggi iaitu Muktamar.

Fasal 26 (1) Perlembagaan PAS memperuntukkan tugas-tugas Presiden.

(a) Bertanggungjawab sebagai ketua bagi melaksanakan pentadbiran, gerakan dan kegiatan PAS bagi mencapai tujuan-tujuan yang termaktub dalam Perlembagaan ini mengikut dasar yang diperuntukannya dan yang diputuskan oleh mana-mana badan yang diberi kuasa oleh Perlembagaan ini bagi menghurai, menjelas dan mentafsirkan dasar PAS serta membuat ketetapan-ketetapan mengenainya.

(b) Bertanggungjawab ke atas semua kerja dan urusan Jawatankuasa Kerja PAS Pusat serta menyelaraskan tugas-tugas Jawatankuasa Kerja PAS Pusat. (c) Melantik Setiausaha Agung, Penolong Setiausaha Agung, Bendahari, Ketua Penerangan, Ketua Pengarah Pilihanraya dan Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja yang dilantik serta Pesuruhjaya-Pesuruhjaya PAS Negeri/Wilayah Persekutuan menurut peruntukan-peruntukan Perlembagaan ini di dalam dan dengan persetujuan mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat.

(d) Mengambil apa-apa jua langkah yang perlu bagi menjamin perpaduan, persefahaman dan kesungguhan Ahli-ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dalam menjalankan tugas masing-masing.

(e) Menetap dan mempengerusikan mesyuarat-mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan Jawatankuasa Harian PAS Pusat.

Peruntukkan Fasal 26 (1)(a) hingga (d) jelas bahawa Presiden berkuasa sebagai ketua melaksanakan pentadbiran, gerakan dan kegiatan PAS. Melaksanakan pentadbiran, gerakan dan kegiatan PAS adalah berpandukan keputusan mesyuarat dan kekuasaan tertinggi PAS iaitu Muktamar. Presiden tidak diberikan kuasa veto menjalankan tugas kerana PAS menggunakan konsep SYURA yang seringkali dipertegaskan oleh Presiden sendiri.

Setiap ahli PAS termasuk Presiden juga tertakluk kepada Tatatertib PAS seperti yang diperuntukkan dalam Fasal 82 (1).

Fasal 82(1) memperuntukkan bahawa :

(1) Semua ahli-ahli PAS hendaklah:
(a) Taat dan patuh kepada hukum-hukum dan ajaran-ajaran Islam yang menjadi dasar PAS itu.
(b) Taat dan patuh kepada Perlembagaan Parti serta Aturan dan Peraturannya.
(c) Taat dan patuh kepada arahan-arahan dan perintah-perintah Parti.
(d) Melaksanakan kewajipan-kewajipan yang ditugaskan oleh Parti sedaya upaya yang boleh.
(e) Menjaga dengan cermatnya segala rahsia-rahsia Parti.
(f) Mengamal akhlak Islam.
(g) Mengawal diri supaya tidak melakukan sebarang tindakan yang menyalahi atau merugikan kepentingan Parti.
(h) Menerima PAS sebagai satu-satunya wadah perjuangan Islam bagi dirinya di dalam negara ini.

Berbalik kepada tindakan Presiden yang telah menghantar tiga (3) nama calon yang berlawanan dengan keputusan mesyuarat pada 17 Ogos 2014, maka jelas ada perlanggaran tatatertib telah dilakukan oleh Presiden sendiri. Perlanggaran tersebut adalah di bawah Fasal 82 (1)(b),(c),(d) dan (g).

Fasal 82(1)(b) Presiden telah ingkar dengan Perlembagaan parti. Perlembagaan secara jelas menyatakan bahawa tugas Presiden hanya sebagai Ketua Eksekutif yang menjalankan tugas berpandukan keputusan mesyuarat JKPP bukan pendirian peribadi.

Fasal 82(1)(c) Presiden telah ingkar dan tidak patuh arahan dan perintah Parti. Arahan dan perintah parti ialah keputusan mesyuarat pada 17 Ogos 2014 yang telah dilanggar oleh Presiden apabila menghantar tiga (3) nama.

Fasal 82(1)(d) Presiden telah gagal melaksanakan kewajipan yang ditugaskan oleh parti iaitu patuh kepada keputusan mesyuarat 17 Ogos 2014.

Fasal 82(1)(g) Presiden telah gagal mengawal diri dan telah melakukan tindakan yang menyalahi atau merugikan parti. Jelas Presiden telah menyalahi keputusan parti dan tindakan Presiden telah menyebabkan parti rugi dari sudut persepdi masyarakat.

Berdasarkan peruntukkan-peruntukkan tersebut, jelas Presiden boleh diambil tindakan tatatertib.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.