Oleh Mohamad Zahiruddin Mohamad Basri.
Calon peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR), Sekolah Kebangsaan Hakim Teh, Tunjang.
Saya kecewa dan sedih kerana perlu buat semula kertas peperiksaan Bahasa Inggeris 1 dan 2, hujung bulan ini sedangkan gigih mengulang kaji sehingga lewat malam dan disambung sehingga 4 pagi.
Sampai hati mereka (Kementerian Pendidikan dan Lembaga Peperiksaan Malaysia) buat begini. Saya bermati-matian mengulangkaji mata pelajaran Bahasa Inggeris kerana begitu lemah dalam subjek itu.
Setiap hari saya berdoa agar peperiksaan UPSR berakhir cepat, namun ini pula yang berlaku. Bukan saya saja, malah rakan lain di sekolah turut mengalami perasaan sama.
Apa yang membimbangkan adalah semangat untuk menduduki semula peperiksaan kertas Bahasa Inggeris sudah tidak sama seperti hari ini (semalam).
Namun, saya akan cuba sedaya upaya untuk lulus dengan cemerlang.
hal soalan bocor ni dah berpuluh tahun berlaku... cerita yg sama... dan cara yg sama juga dihadapi dgn menuding jari kesana-kemari... tak jugak bermuhasabah... syndrom Bangau oh Bangau tetap ampuh...
ReplyDelete