VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Monday, 15 September 2014

1 Soalan 1 Permintaan sebagai Susulan kepada Kenyataan YAB Tan Sri Muhyiddin & YB Datuk Sri Mustapha Mohamad


Kenyataan Media:

1 Soalan 1 Permintaan sebagai Susulan kepada Kenyataan YAB Tan Sri Muhyiddin & YB Datuk Sri Mustapha Mohamad.

 
Menjelang Pilihanraya Kecil N01 Pengkalan Kubor, Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yasin dan Pengerusi BN Kelantan Datuk Seri Mustapha Mohamed membuat cabaran untuk membuktikan bahawa Kerajaan Pusat telah menafikan Royalti Petroleum Kelantan. Kami ingin memulakan respon dengan Amanat bekas Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdul Razak di Dewan Rakyat pada 15 November 1974:

"Mengikut Perjanjian itu, tiap-tiap negeri akan menerima 5 peratus daripada nilai petroleum yang dijumpai dan diperolehi dalam kawasan perairan (onshore) atau di luar perairan (offshore) negeri tersebut, yang dijual oleh PETRONAS ataupun agensi-agensi ataupun kontraktor-kontraktornya,".

Allahyarham Tun Abdul Razak yang terkenal sebagai Bapa Pembangunan Negara dan antara Pengasas PETRONAS salah seorang individu yang merangka Akta Pembangunan Petroleum 1974 yang ditandatangani oleh kesemua negeri di persekutuan Malaysia. Perjanjian Akta ini direalisasikan oleh Pengerusi PETRONAS pada masa itu YBM Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah.
 
Royalti berdasarkan Perjanjian Akta Pembangunan Petroleum 1974.

Sukacita kami ingin mengingatkan bahawa, tuntutan Royalti adalah berdasarkan Undang-Undang dan Perjanjian Akta Pembangunan Petroleum 1974 (Akta 144) dan Surat Cara (vesting deeds) yang ditandatangani oleh Pengerusi PETRONAS YBM Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah dan Menteri Besar Kelantan Dato Mohd Nasir pada 9 Mei 1975.

Semua negeri di Malaysia dari Perlis hingga ke Sabah menandatangani perjanjian yang sama kerana semuanya merujuk kepada Akta Pembangunan Petroleum 1974 yang sama. Kenapa di saat dua tokoh UMNO ini melaungkan 1Malaysia tetapi mempunyai dua layanan yang berbeza terhadap negeri? Ianya satu amalan pecah amanah yang jelas.
 
Kenapa RM12 Billion?

Jumlah tunggakan anggaran RM12 Billion adalah berdasarkan pengiraan yang telah dibuat oleh salah satu Jabatan Kerajaan Negeri yang mempunyai autoriti, yang mendapat maklumat lengkap berdasarkan "Laporan Mengenai KDNK Megikut Negeri Yang Dianjurkan Oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri Pada 16 Mac 2009"

Angka RM12 Billion tersebut adalah kiraan anggarfan sehingga akhir 2012 sahaja, kini pihak kami yakin jumlahnya mencecah melebihi RM13 Billion.

Di sini kami sertakan fakta-fakta bagi menjawap persoalan tuntutan royalti. Saya harap YAB Timbalan Perdana Menteri menelitinya demi hak rakyat Kelantan yang berada dalam Malaysia.

5 Blok Medan Petroleum dan 44 Telaga.

Di perut bumi perairan Kelantan amat kaya dengan hasil petroleum terutamanya gas asli, kondesat dan minyak. Terdapat Lima Blok utama Medan Petroleum yang melibatkan 44 buah telaga (setakat 2013), Antara blok-blok utama yang terlibat adalah:

1.         Blok PM3 Commercial Arrangement Area (CAA) - Pengeluaran pertama adalah pada tahun 1997 ianya terletak di sempadan Malaysia -Vietnam, medan ini kaya dengan Minyak. Medan ini mempunyai 7 telaga petroleum.

2.         Malaysia-Thailand Joint Development Area (MTJDA) pengeluaran pertama  adalah pada tahun 2005 medan ini amat kaya dengan hasil Gas Asli Petroleum. Medan ini mempunyai lebih daripada 15 telaga petroleum.

3.         PM301 pengeluaran tahun 2011 medan ini adalah 100% di dalam perairan Kelantan yang hanya berjarak 109 KM dari Pantai Bachok. Medan ini mempunyai 5 telaga produksi dan   beberapa lagi telaga yang sedang dibangunkan.

4.         PM302 pengeluaran bermula tahun 2012 medan ini 100% di dalam perairan Kelantan.

5.         PM 303 pertindihan antara Kelatan - Terengganu sejak 1997 telah mengeluarkan    hasil petroleum.
 
Terengganu Menerima 5% Royalti dari 1978 hingga 1999.

Kami ingin membawa kedua-dua pemimpin UMNO ini melihat kembali sejarah negeri Terengganu yang dinafikan Hak Royalti pada tahun 1999, apabila rakyat memilih PAS sebagai Kerajaan Negeri.

Terengganu pada tahun 1978 sehingga 1999 menerima pembayaran tunai kenapa Kelantan tidak layak? Sedangkan jika dikirakan jarak Kelantan adalah sama atau lebih hampir ke medan pengeluaran.

Sebagai rakyat di bawah naugan YAB TPM, kami ingin bertanya 1 soalan dan memohon 1 permintaan, semuga mendapat respon yang baik dari seorang pemimpin negara, antaranya :-

1. YAB mencadangkan agar pihak Kerajaan Negeri menubuhkan Jawatankuasa sendiri untuk menjalankan siasatan ke atas kewangan Petronas. Untuk pengetahuan pihak YAB, pihak kami telahpun menghantar surat kepada Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara, Parliamen Malaysia (PAC) pada sesi pembukaan Dewan yang lalu. Namun tidak mendapat sebarang maklum balas. Jadi, di sini kami semua rakyat Kelantan memohon agar pihak YAB agar dapat kiranya mengeluarkan Surat Kuasa kepada Kerajaan Negeri untuk membenarkan Jawatankuasa yang akan ditubuhkan nanti itu dapat menjalankan siasatan dengan bebas.

2. Kami ingin bertanya kepada YAB, undang-undang mana yang digunakan oleh YAB yang menyatakan Kerajaan Negeri Kelantan tidak layak memperolehi Bayaran Tunai (Royalti) kerana kesemua talaga minyak melebihi jarak 3 Batu Nautika, setelah Ordinan Darurat 1969 yang menyatakan had 3 Batu Nautika tersebut telah dimansuhkan?


Penutup.

Kesimpulannya, jika itulah kata-kata pengasas PETRONAS, siapalah tokoh UMNO yang datang kemudian? biarlah kejujuran dan niat suci seorang negarawan tulen yang kebetulan adalah bapa kepada Perdana Menteri sekarang, tidak dinodai.

Al fatihah untuk Allahyarham Tun Abdul Razak, seorang negarawan yang pandangan jauhnya mengatasi kepentingan politik sempit kepartian.
 

Hj Nazri Deraman,
Presiden ROYALTI (R).
15 September 2014

S E B A R K A N ...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.