VOTE ONLINE PASCA PRU15:
"Setujukah anda Harga Barangan dan Perkhidmatan di Turunkan?" Jika setuju sila klik vote "Follow" di bawah.

Blogger Kool

Monday 15 September 2014

Mat Sabu Tegur Pemimpin PAS Waspada Guna "Imej KeIslaman" Untuk Mendapat Sokongan


SHAH ALAM: Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu membuat teguran terbuka terhadap pemimpin ulama yang ghairah memaparkan “imej keIslaman” untuk menghalalkan segala tindakan mereka.

Beliau berkata tindakan mencanang imej berkenaan secara melampau boleh menjadikan PAS tidak lagi relevan kepada rakyat Malaysia di masa depan.

Beliau yang juga dikenali Mat Sabu mahukan parti itu kembali kepada memperjuangkan keadilan sosial sebagai teras utamanya, laporan Malaysiakini.

Mat Sabu berkata pimpinan ulama tidak boleh selesa memikirkan mereka mempunyai kawalan sepenuhnya ke atas PAS sehinggakan Majlis Syura diangkat sebagai badan tertinggi parti itu.

Teguran Mat Sabu itu dijangka menjadi topik panas pada Muktamar PAS minggu depan.

Parti itu sedang bergolak dengan perbalahan di antara golongan ulama dan golongan professional yang sering dituduh sebagai penyokong Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perbalahan itu terserlah dalam krisis jawatan Menteri Besar Selangor apabila Majlis Syura menolak keputusan-keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Pusat PAS.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sendiri dilihat membelakangkan keputusan JKP parti dalam isu pencalonan nama untuk jawatan MB itu.

Perbalahan itu makin meruncing dan ramai pihak tidak menolak kemungkinan PAS keluar daripada Pakatan Rakyat tidak lama lagi.

Laporan berbahasa Inggeris itu memetik Mohamad Sabu sebagai berkata adalah penting untuk PAS dilihat bersama rakyat dan merujuk kepada DAP sebagai contoh.

Mat Sabu menegaskan bahawa pemimpin PAS "harus berwaspada menggunakan Islam semata-mata untuk mendapatkan sokongan.”

“(Ini) kerana akan sampai masanya rakyat Malaysia akan melantik seorang “Jokowi” sebagai pemimpin mereka,” kata beliau.

Mat Sabu merujuk kepada Joko Widodo - seorang penggemar muzik rock - yang dipilih sebagai presiden Indonesia yang baru.

Widodo atau Jokowi digemari belia dan rakyat umumnya sungguhpun parti lawan cuba mengecam beliau sebagai tidak arif dalam Islam, kata beliau.

"Kepimpinan (teratas) PAS tidak harus terlalu bangga dalam menggunakan Islam sebagai perisai untuk mempertahankan segala tindakan mereka,” kata beliau.

"Para ulama dalam PAS harus menjalankan reformasi dalaman dan lebih terbuka berhubung isu-isu rasuah dan keadilan,” kata Mat Sabu kepada portal itu.

1 comment:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

PERINGATAN

Tulislah apa2 yang Hangpa nak tulis. Tapi jangan tulis sesuatu yang boleh menyebabkan aku dikenakan tindakan undang-undang. Aku tidak mahu bertanggungjawab terhadap apa yang Hangpa tulis dan penulisan Hangpa tidak mewakili pandangan aku.