51 tahun yang lalu negara kita Malaysia telah ditubuhkan berteraskan semangat persaudaraan di kalangan masyarakat yang majmuk, dan ditadbir sebagai sebuah persekutuan berlandaskan prinsip dan sistem demokrasi berparlimen. Perkara asas ini wajar diperingati setiap 16 September.
Namun apabila kita melihat di kalangan sanak saudara kita khusus di Sabah dan Sarawak, jelas masih banyak yang perlu dilakukan. Kita tidak mahu mana-mana ahli keluarga besar Malaysia ditinggal, dilupakan, dipinggir.
Bukan sahaja itu, keselamatan di sempadan-sempadan negara kita perlu diperketat. Insiden-insiden pencerobohan sempadan khusus di Sabah mutakhir ini amat membimbangkan, lebih-lebih lagi apabila penceroboh terlibat dalam keganasan sehingga mengakibatkan kehilangan nyawa dan harta benda. Isu keselamatan ini perlu ditangani dengan kadar segera demi menjamin kedaulatan negara.
Sempena Hari Malaysia, dalam usaha kita membina sebuah Malaysia yang lebih baik, kita perlu sedar dan ingat bahawa masih banyak undang-undang yang zalim dan menekan rakyat yang perlu dimansuhkan, termasuklah Akta Hasutan, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, Seksyen 504 Kanun Keseksaan, dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) antara lain. Selagi undang-undang kukubesi seperti ini wujud, selagi itu Malaysia belum benar-benar merdeka.
Oleh itu, KEADILAN memegang teguh pada semangat perjuangan untuk memastikan kesatuan dikalangan rakyat Malaysia kekal utuh bagi menjamin masa depan yang lebih baik untuk Malaysia. Sebarang usaha untuk melemah dan menghancurkan perpaduan ini mesti kita tentang demi masa depan negara.
Pertahankan perpaduan kita. Mansuhkan Akta Hasutan.
Selamat Hari Malaysia.
Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
Presiden KEADILAN
Apakah anda sering kalah bermain togel.? Jika anda sering saatnya anda membonkar barankas bandar.. Silahkan hubungi mbah suro di nomor 082354640471
ReplyDelete